"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Tuntutan royalti masih dalam kajian?

Zuharman MN

KOTA BHARU, 2 Ogos (Hrkh) - Isu tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion oleh kerajaan Kelantan terhadap kerajaan pusat akan dimaklumkan sebaik sahaja kajian mengenai perkara tersebut selesai.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, menjelaskan perkara tersebut masih lagi berada dalam proses kajian kerana ia melibatkan kawasan bertindih di pusat operasi di pelantar minyak.

Beliau mengulas perkara tersebut pada sidang medianya sempena lawatan seharinya ke Kelantan semalam.

Najib sempat mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini ketika menyambutnya.

Nik Aziz sebelum ini telah menghantar surat kepada Najib membuat tuntutan royalti sebanyak 5 peratus hasil pengeluaran petroleum bagi negeri Kelantan selepas mengetahui perkara berkenaan melalui laporan Jabatan Perangkaan.

Sebelum ini Petronas diberi masa selama 48 jam bagi menjelaskan kedudukan perkara tersebut tetapi sampai sekarang tiada sebarang reaksi ditunjukkan.

Najib memberitahu perjumpaan ringkasnya bersama Nik Aziz hari ini tiada sebarang dokumen rasmi daripada kerajaan negeri diserahkan kepadanya. Bagaimanapun beliau menyambut baik perbincangan tanpa dirancang itu sebagai tanda titik permulaan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan negeri.

Selain daripada isu tuntutan royalti minyak perkara lain turut dibincang pada pertemuan yang tidak dirancang itu ialah mengenai cadangan pembinaan pelabuhan di Tumpat, pembinaan fly-over dan sektor pelancongan.

Berhubung perkara itu Najib berkata lebih baik ia dikaji melalui projek atau pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bagaimanapun jelas Najib, projek pembinaan fly-over telahpun diluluskan.

"Cuma tinggal lagi beberapa masalah sahaja perlu diselesaikan termasuk isu pembekalan bahan binaan," jelasnya.

Tiada ulasan: