"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mansuhkan ISA: Peserta demo dapat 'imbuhan'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengakui peserta demontrasi membantah akta kontroversi itu Sabtu lalu mendapat "imbuhan".

"Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan.

"Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada
Malaysiakini.

"Sesiapa yang menyatakan mereka mendapat imbuhan, sila kemukakan bukti, jangan cakap sahaja, tak baik. Nanti diazab oleh Allah."

Beliau, yang juga timbalan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim seperti laporan muka depan
Utusan Malaysia hari ini yang memetik Menteri Penerangan sebagai berkata:

"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."

Bukan merempat

Diminta mengulas siasatan polis terhadap 11 termasuk beliau sendiri, Syed Ibrahim sehingga kini beliau belum dihubungi untuk memberi keterangan.

Mengulas kenyataan Dr Rais itu, PAS pula berkata "peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga".

"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."

Menulis di blog peribadinya, Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun petang Sabtu walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya.

Siasat pemberi upah

Dalam perkembangan berkaitan, edisi web
Utusan Malaysiamelaporkan perdana menteri mengarahkan polis menyiasat kemungkinan wujudnya pemberi upah.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu dengan upah.

"Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," Najib dipetik berkata.
-malaysiakini.com-
[Mentaliti pemberi rasuah mereka merasakan semua orang perlu dibayar unuk melakukan sesuatu]

Tiada ulasan: