Saidah Hairan | |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) berdiri teguh bersama GMI dalam segala usaha ke arah memansuhkan ISA. Naib Yang Dipertua Pekawanis, Rodziah Ismail menegaskan ISA telah di salah gunakan secara tidak berperi kemanusiaan dalam menangani keselamatan negara. Menurutnya, Pekawanis menyeru kerajaan memansuhkan ISA selaras dengan syor daripada Suhakam bahawa ISA hendaklah dimansuhkan dan bukan dipinda. Sehubungan itu Pekawanis mendesak wanita yang ditahan serta semua yang ditangkap semasa perhimpunan 1 Ogos lalu dibebaskan tanpa syarat tanpa apa-apa pendakwaan. Ini kerana katanya, hak berhimpun adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan Malaysia dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat di samping berhak berhimpun secara aman. "Tiada undang-undang boleh mengatasi hak ini," katanya. Pekawanis kesal dan sedih dengan penangkapan tersebut kerana polis menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan aman. "Polis telah menggunakan kekerasan dengan menggunakan pancutan air kimia dan menembak berpuluh-puluh das gas pemedih mata tanpa langsung menghiraukan keselamatan rakyat yang berhimpun mahu pun yang berada di sekitar tempat kejadian," katanya. Pekawanis merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2008. Pertubuhan ini dianggotai oleh Isteri Menteri Besar, ahli exco wanita, Adun Selangor wanita, ahli Parlimen wanita Selangor dan isteri-isteri Adun dan isteri-isteri ahli Parlimen Selangor. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Pekawanis kutuk tindakan ganas Polis surai himpunan aman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan