Iskandar Abdul Samad | |||
Kerajaan Barisan Nasional Negeri Selangor yang lepas pada Jun 2007 telah memutuskan untuk menaikkan sewa bagi rumah-rumah kos rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari RM124 kepada RM250. Kenaikkan ini telah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun, pada November 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menurunkan sewa balik kepada RM124 bagi kategori-kategori tertentu. Mereka adalah penyewa yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM1,500 yang mempunyai bilangan keluarga sekurang-kurangnya 5 orang dan OKU. Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) telah membuka kaunter permohonan di PPR Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan PPR Hicom pada 3 dan 5 Disember 2008 (9 pagi hingga 5 petang) dan 4 Disember 2008 (8 malam hingga 11 malam). Sejumlah 3,954 borang permohonan penurunan sewa telah juga diedarkan ke rumah-rumah yang berpenghuni. Terdapat 1,182 rumah kosong di PPR-PPR itu Dari 3,954 borang yang diedar : -1,263 penyewa telah menghantar balik borang -2,681 penyewa telah gagal menghantar balik borang Dari 1,263 borang yang dihantar : -954 penyewa layak mendapat pengurangan -309 penyewa tidak layak LPHS dan pejabat saya telah juga menerima permohonan-pemohonan untuk mengurangkan sewa selepas itu dan telah memprosesnya. Saya juga telah turut menerima permohonan untuk menangguhkan notis pengusiran dari mereka yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi. Maka saya telah mengeluarkan surat memohon penangguhan dan meminta agar sewa yang tertunggak itu dibayar secara ansuran. Selain dari itu, beberapa langkah telah diambil oleh pejabat saya untuk membantu rakyat, 1. Mengarahkan pengurangan sewa boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan tidak perlu dirujuk kepada LPHS di Shah Alam. 2. Memohon kelulusan Mesyuarat Exco bagi pengurangan sewa untuk semua yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tanpa mengira jumlah ahli keluarga. Di sini ingin ditegaskan bahawa pejabat saya tidak pernah mengabaikan sebarang permohonan dari penyewa untuk pengurangan sewa. Kesemuanya akan dirujuk kepada LPHS untuk diproses oleh mereka. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pengurangan sewa bulanan rumah PPR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan