"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azizan tukarkan dari 'tentang' kepada 'sokong'



ALOR SETAR, 7 Jun: "Masa kerajaan BN dahulu, ada yang sokong projek ini,ada yang menentangnya. Bila Ustaz (Datuk Seri Azizan Razak) jadi MB, dia tukar jadi semua orang sokong projek ini."

(Gambar: Azizan sewaktu MoU projek Sulihh di Kuala Lumpur)

Inilah kata-kata yang keluar dari mulut seorang tauke Cina di pekan Sungai Limau yang terletak dalam kawasan pilihan raya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Lam Sang atau nama sebenarnya Liang Nam Sang, 75 tahun, adalah rakan Azizan sejak kecil lagi. Mereka main sama-sama selepas pulang sekolah.

Namun mereka terputus hubungan apabila Azizan belajar ke Kuala Lumpur, kemudian luar negeri dan seterusnya menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Hubungan mereka terjalin kembali selepas Azizan menjadi wakil rakyat di situ.

Lam Sang adalah antara pihak yang berbangga dengan Azizan. Ketika kami bertemu di kedainya, sebuah kedai hardware di pekan Sungai Limau, Lam Sang penuh minat bercerita tentang Azizan.

Penduduk Sungai Limau kini sibuk bercerita tentang projek besar yang datang ke kampung mereka. Projek ini, menurut Azizan bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 30,000 orang melalui projek dan juga percikan (spin-off) darinya.

Di mana-mana sahaja kami berjalan di sana, perkata 'Sulih' menjadi sebutan. Kami tidak faham asalnya apa itu Sulih sehinggalah diberikan penerangan oleh anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Sungai Limau Hidrocarbon Hub (Sulihh) adalah projek gergasi di Kedah. Ia membabitkan modal RM35.7 bilion. Apabila projek ini berjalan sepenuhnya ia akan melibatkan kawasan seluas 1900 km persegi di pantai Sungai Limau.

Sultan Kedah bakal merasmikan upacara pecah tanah pada 9 September (9.9.2009) iaitu selepas hari raya Aidil Fitri nanti.

"Mulanya projek ini atas darat. Depa nak ambil bendang padilah. Mana-mana yang suka nak dapat duit cepat nak sangatlah projek ini. Tetapi mereka yang sayang kat bendang mereka marahlah.

"Mai Ustaz jadi MB, dia tukar tapaknya ke laut. Semua orang sukalah. Yang tanah mereka sudah masuk dalam laut akibat hakisan pun akan dapat sedikit wang lepas ni," kata Lam Sang kepada kami.

1 ulasan:

bloglist malaysia berkata...

Salam tuan tanah. Tolong masukkan url bloglist malaysia ke bloglist tuan. Terima kasih..
http://bloglistpolitik.blogspot.com/