"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Nasir: Pemuda MIC kecewa siasatan begitu lama

KUALA LUMPUR, Feb 2: Pergerakan Pemuda MIC berkata pihaknya agak kecewa kerana masih belum ada perkembangan siasatan berhubung aduan terhadap bekas pegawai khas Perdana Mentri, Datuk Nasir Safar yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Melaka, awal bulan ini.

Penasihatnya, S. Vell Paarti berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pergerakan itu berpendapat pihak berkuasa mengambil masa yang agak lama dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Saya menerima makluman pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan juga rasa kecewa, mereka merasakan bahawa pihak berkuasa mengambil masa yang agak lama,” kata beliau ketika ditemui.

Sehubungan itu Vell Paari berkata, Pergerakan Pemuda MIC bercadang untuk menemui Perdana Mentri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu berkenaan.

“Jika mendapat peluang, kami dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan akan menyampaikan perasaan masyarakat India dalam isu ini kepada Perdana Mentri secara terus.

“Kita ada Perdana Mentri yang berorientasikan rakyat tetapi pada masa yang sama ada juga pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan macam ini, jadi kami ingin mengemukakan perasaan masyarakat India kepada beliau,” katanya.

Dua hari lalu, Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan berhubung kes Nasir itu telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan susulan.

Polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya baru-baru ini.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Nasir dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa “orang India datang ke Malaysia sebagai pengemis manakala orang Cina pula khususnya wanita untuk menjual badan mereka” ketika berucap pada Program Rapat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Melaka, 2 Feb lalu.

Bagaimanapun Nasir menafikan perkara itu dan pada hari yang sama telah meletakkan jawatan sebagai pegawai khas kepada Perdana Mentri.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: