"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tabung Anak Beng Hock Cecah RM 500 Ribu

Simpati dengan nasib yang menimpa balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, satu tabung khas diwujudkan bagi mengumpul dana untuk bayi berkenaan.
Semalam Soh Cher Wei selamat melahirkan bayi lelaki dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Batu Pahat.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyatakan, sumbangan terkumpul sejak kematian Beng Hock hingga kelahiran bayi itu, kini berjumlah hampir setengah juta ringgit.

“Apabila peristiwa Teoh Beng Hock ini berlaku, DAP telah tubuh satu tabung, tabung ini untuk pendidikan, perubatan dan keperluan untuk bayi ini sampai umurnya 21 tahun” kata Nie Ching.

Ditanya bagaimana tabung itu akan diuruskan, Nie Ching berkata ia akan diuruskan secara berhemat oleh agensi yang telah diamanahkan.

Wang itu tidak akan diserahkan sekaligus, sebaliknya diserahkan secara berperingkat mengikut keperluan bayi tersebut.

“Kita ada yang akan akan menguruskan tabung ini, jadi setiap bulan kita akan berikan kepada bayi ini. Sekarang ini kita tidak berikan kepada ibulah. Kita berikan kepada ibu. Saya akan bincang dengan isteri Teoh Beng Hock, sebulan bayi ini perlukan berapa banyak duit . Sekiranya empat ratus sebulan, kita akan berikan perbelanjaan untuk setengah tahun dahulu dan pada masa akan datang, akan disesuaikan lagi lah” katanya lagi.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.

Sebelum ditemui mati, Beng Hock memberi keterangan sebagai saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Tiada ulasan: