"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuanku Mizan selamat pulang dari Jerman

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Jan lalu.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam semalam diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda.

Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan sihat selepas mendapat rawatan di
Medical Park, St.Hubertus.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan.

Pada 30 Nov tahun lalu, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum
Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich.

-Bernama-

Tiada ulasan: