"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kaum Tionghua, India terbela di Kelantan

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 25 Feb:
Masyarakat minoriti di Kelantan bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.

Dan pada 27 Februari ini kaum Cina akan diraikan sempena Tahun Baru yang akan diadakan di Tokong Kuang Thai Meow Kampung Baru, Gua Musang.

Program yang dikenali sebagai Malam Jalinan Mesra Antara Kaum peringkat negeri itu diadakan pelbagai aktiviti termasuk jamuan makan malam, pertunjukan kebudayaan Cina dan persembahan akrobatik dari negara China.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, program itu diadakan setiap tahun dengan melibatkan pelbagai kaum sehingga ke peringkat jajahan.

“Kita sentiasa mendampingi masyarakat dari kaum lain seperti Tionghua, India, Siam dan Orang Asli.

“Dengan adanya program seperti itu diharap hubungan antara kaum di Kelantan dapat dipertingkatkan lagi,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu kini diterima dengan lebih meluas semua kaum di Kelantan.

“Keharmonian kaum di Kelantan terbukti pada tahun 1969 ketika berlakunya rusuhan kaum, Kelantan tetap selamat dan berada dalam aman,” katanya.

Baru-baru ini PAS Kota Bharu, Pusat Khidmat Dun Kota Lama dan Pusat Khidmat Dun Chetok mengadakan program khas sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Tiada ulasan: