"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maya Karin bercerai?

KUALA LUMPUR, Feb 24: Pelakon dan pengacara popular Maya Karin(gambar), 31, mengaku rumah tangganya yang dibina lebih setahun lalu kini berdepan dengan krisis.

Dia dan suaminya Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Steven, 41, kini membawa haluan masing-masing mencari perdamaian menyelamatkan perkahwinan mereka.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Maya yang pada tahun lalu berlakon dalam filem “Pisau Cukur” dan teater “Natrah” dengan memegang watak utama, bagaimanapun menafikan dia dan Steven yang juga seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa sudah bercerai.

Maya juga menafikan khabar angin yang mendakwa pergeseran rumah tangganya berlaku disebabkan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Maya dipetik berkata pergeseran rumah tangganya disebabkan perkara yang terlalu peribadi, namun tidak mahu mendedahkannya kerana perlu menjaga nama baik suami, keluarga mentua dan saudara maranya sendiri.

“Saya akui rumah tangga kami bergoyang, namun ia tidak ada kena-mengena dengan kehadiran orang ketiga seperti yang dicanang internet,” katanya.

Maya yang bernikah dengan Steven di Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008 berharap media dan peminatnya tidak membuat spekulasi mengenai rumah tangganya serta mempercayai khabar angin.

Kedua-dua mereka mula berkenalan semasa menemani adik Maya yang belajar di Garden International School di mana Steven merupakan guru matematik.

Laporan media sebelum ini menyebut, Steven telah memeluk Islam lima tahun lalu dengan memilih nama Muhammad Ali sebagai simbolik kepada semangat perjuangan peninju terkenal Muhammad Ali. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di Bellagio selama dua hari iaitu 9 dan 14 Ogos 2008 di sebuah villa persendirian milik famili Steven.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: