"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zunar terus berkarya walaupun ada tentangan

Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 25 Feb:
Kartunis Zunar menjelaskan bahawa inisiatif pihak tertentu menentang karyanya sedikit pun tidak menjejaskan niat beliau untuk terus berkarya.

“Saya melukis mengikut hati, gerakan anti saya (menggunakan Facebook) itu sedikitpun tidak menjejaskan saya.

“Orang yang berkarya menggunakan hati, bukan diupah-upah oleh ahli politik, semakin kuat (kartunis) ditentang, semakin kuat membantu kartunis-kartunis ini untuk berkarya,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu yang tidak selesa dengan karya-karya berunsur politik olehnya telah mencipta kelab fan ‘Kami Anti Kartunis Zunar’ dalam jaringan sosial maya, Facebook.

Melalui Facebook , Zunar atau nama samarannya ‘Kartunis Zunar mengaku bahawa beliau telah pun diberitahu tentang gerakan menentang karya-karya sinikalnya berhubung politik tanah air.

“Menurut maklumat dari teman fb (Facebook) di Fand Club saya, Johnny B. Rempit, Kelab ‘Anti Kartunis Zunar’ sudah ditubuhkan, katanya ramai ahli mereka,” kata Zunar dipetik dari Facebooknya.

Pun begitu, Zunar menegaskan bahawa inti karikator dalam dihasilkannya sebelum ini tidak hanya menumpu pada persoalan politik semata-mata.

“Lukisan saya bukan menceritakan tentang politik saja, (tapi) hak asasi, kezaliman, fitnah ke atas Anwar, budaya beberapa ahli politik nasional dan sebagainya.”

“Sudah memadai kalau karya saya itu dihormati sebagai hasilan seni yang mengajar masyarakat berfikir, berbual dan melakukan sesuatu yang lebih baik untuk tanah air.

Beliau turut menjelaskan bahawa kumpulan kartunisnya sedang menyiapkan komik terbaru yang lebih sinikal, iaitu secara fokus menggambarkan tentang konspirasi beberapa pihak ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah sekarang.

Ditanya tentang tindakan Polis petang tadi merampas kesemua naskah komik terbarunya, ‘Sumpah di Bumi Komisyen’ di Seberang Jaya, Pulau Pinang, beliau menganggap tindakan tersebut membuktikan bahawa karya-karya kartunis tempatan boleh menggamit kerajaan dan rakyat untuk berfikir realiti cabaran hidup di Malaysia.

Karya sebelum ini, ‘Gedung Kartun’ dan ‘Perak Darul Kartun’ pernah dirampas oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana dilihat berjaya menggamit perhatian banyak pihak berfikir dan berbual secara sinikal tentang politik tanah air.

Tiada ulasan: