"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib: Saya sahkan anak Teoh bukan luar nikah sekalipun macam luar nikah

dewa
Akhbar perdana melaporkan Najib Razak dan isterinya Rosmah telah campur tangan dalam memastikan anak mendiang Teoh yang lahir diluar nikah mendapat status anak sah demi memenangi hati 1Malaysia.

Ustaz Redzuan Tee dulunya telah diserang oleh akhbar-akhbar Cina kerana mengatakan simpati kepada Teoh tetapi menegaskan status anak luar nikah tidak sepatutnya diubah sewenang-wenangnya. Mari lihat kesungguhan 6 'tokoh" UMNO ini:

"MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat hadiah paling istimewa sempena Tahun Baru Cina kali ini, apabila bayi yang dilahirkan bekas tunang beliau pada Isnin lalu sudah mendapat sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lebih menceriakan mereka, nama bayi yang dilahirkan oleh Soh Cher Wei, Teh Er Jia, adalah sempena nama keluarga mendiang manakala Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan.

Adik perempuan mendiang, Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.


Beliau turut mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng."
Bunyi 'kerjasama' tu macamlah memerlukan mesyuarat dan khidmat pakar-pakar. Macam susah sangat! Najib hanya perlu call Hishamuddin, Hishamuddin call Ghani dan hospital, maka diubahlah undang-undang sesuka hati.. Tak payah melalui Parlimen, tak payah melalui Kabinet, setakat call call gitu aje?
Fuh!! Najib, Rosmah, Ow, Hishamuddin, Ghani Patail, Lau semuanya turun padang untuk memastikan nasib anak mendiang Teoh ni dilindungi. Kalau tanya saya, kalau bapanya tidak 'jatuh" dari tingkat 14 bangunan SPRM dulu, itu jauh lebih baik dari usaha Najib sekarang.
Bukankah Najib dan geng2 nya ini wajar disiasat kerana salahguna kuasa? Adakah status anak luar nikah wajar diubah-ubah menurut budi bicara Najib? Terpulanglah untuk korang menilai ..
Kita perjuangkan nasib Teoh kerana kita percaya dia dizalimi, tapi kita takkan kata yang tak sah itu sah untuk memenangi hati orang. Macam kata arak bukan arak la..

Tiada ulasan: