sunsnake08
Semalam lagi teman dah agak berita ni pasti akan dieksploitasi oleh Media..
Kes perobohan sebuah warung makan di Ladang Escott, Ulu Bernam, Hulu Selangor ni..
Kebetulan seorang sahabat teman dapat berbual dengan empunya kedai ni (melayu) didalam telefon sewaktu ditelefon oleh seorang kenalannya diladang Escott tersebut.
Sebelum itu sahabat teman itu telah menghubungi Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam untuk mengetahui kisah sebenar.
Menurut Timbalan Pengarah berkenaan, sebenarnya tuan punya kedai itu telah diberi notis sejak 2 tahun dahulu namun tidak diendahkannya.
Lebih menyedihkan, kedai ini telah dijadikan 'port' kaki-kaki judi bermain judi(terup) diwaktu malam. Di bulan Ramadhan pulak, warung ini telah mengambil kesempatan menjual makanan kepada kaki-kaki ponteng puasa pulak!
Apa kata tuan punya kedai kepada sahabat teman di dalam telefon apabila ditanya berkenaan 'kisah sebenar' itu?
"Saya jual bungkus je bang, bukan makan kat situ.. isteri saya yang masak"..
itulah antara alasan yang diberikan oleh 'beliau'..
Jadi, sama-sama la fikir.. ada kebenaran gak warung berkenaan patut dirobohkan..
Lagipun, notis diberi dah lama..
Yang salah disisi undang-undang tetap salah..
ada bukti dan sah.. nak buat macam mana?
Membela rakyat bukanlah bermaksud membenarkan rakyat melanggar kesalahan..
Wallahua'lam
sunsnake 26022010
HULU BERNAM – “Tolonglah jangan roboh kedai saya, saya merayu,” kata Shaarani Kamaruddin, 50, yang merayu supaya kedai makannya tidak dirobohkan.
Shaarani yang sudah lebih enam tahun menjalankan perniagaan makanan nasi campur di Jalan Escot, Kompleks Penghulu Hulu Bernam di sini seakan hilang punca dan terpaksa berbuat demikian agar kedai makanannya tidak dirobohkan penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor, semalam.
Bagaimanapun rayuan itu tidak dapat menarik balik keputusan PDT untuk merobohkan bangunan yang dibina di atas tanah rizab Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor itu.
“Saya tidak ada sumber pendapatan tambahan lain selain berniaga di sini. Saya tidak tahu bagaimana nasib anak-anak saya yang masih memerlukan perbelanjaan persekolahan.
“Nak bergantung pada gaji kerja buruh saya di JPS, ia tidak dapat menampung kos menyara dua anak saya di universiti, yang bersekolah menengah dan rendah termasuk dua yang masih kecil,” katanya.
Menurutnya, sebarang rundingan penangguhan merobohkan juga tidak dapat dibuat berikutan keputusan yang dimuktamadkan.
Semalam, penguat kuasa PDT Hulu Selangor diarah merobohkan bangunan kedai makan yang terletak bersebelahan Sungai Ingki itu.
Sebelum itu, notis mengosongkan kedai terbabit sudah dikeluarkan dan diarah berbuat demikian dalam tempoh dua minggu.
-sinar harian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan