"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maut berebut siaran TV

PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.
PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.

SIRAM...Zakaria menyiram air di pusara anaknya, Muhammad Naili.
SIRAM...Zakaria menyiram air
di pusara anaknya, Muhammad Naili.
KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan 
banyak darah disebabkan kecederaan teruk.
Ketika kejadian, hanya tiga beradik itu tinggal di rumah berikutan ibu mereka, Noranita Abdul Rauf, 37, menunaikan solat Asar di surau berhampiran rumah mereka manakala bapa mereka di tempat kerja.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, anak kedua daripada tiga beradik bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun kerana berebut siaran televisyen.

Menurutnya, kakak sulung mangsa pada mulanya mahu meleraikan pergaduhan itu, tetapi memarahi dan menampar pipi kanan mangsa menyebabkan dia berang.


“Dua beradik itu berlari ke luar rumah sehingga berlaku cabar-mencabar sebelum kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap dan mengacukannya ke arah mangsa bagi menakutkannya.

“Namun, tiba-tiba kaca berkenaan terlepas daripada genggaman gadis itu lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk meraung meminta pertolongan dan kejadian itu disedari jiran mereka yang bergegas menghantarnya ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan kira-kira jam 5.40 petang sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, untuk bedah siasat.

“Laporan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah pada arteri femoral di lipatan pangkal paha kanannya,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kakak mangsa berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
-hmetro-

Tiada ulasan: