"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat anggota polis kena penjara

SEREMBAN: Empat anggota polis dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tuduhan mencederakan seorang jurulatih karate warga Indonesia di Nilai, dekat sini, pada 2007 lalu, semalam. 

Keputusan berkenaan dibuat oleh Majistret Noralis Mat selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keempat-empat tertuduh. 

Mereka adalah Lans Koperal Abdul Aziz Shamsudin, 42; Lans Koperal Adi Sebi, 35; Konstabel Mohd Dzulhafiz Che Zainal Abidin, 23, dan Konstabel Helmi Hussanie Sukri, 22, yang bertugas di Balai Polis Nilai. 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencederakan mangsa, Donald Peter Luther Kolopitha, kira-kira jam 2 pagi, 24 Ogos 2007 berhampiran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. 

Donald ketika itu berkunjung ke negara ini bersama pasukan karate Indonesia dan dia turut dilantik menjadi salah seorang pengadil pada Kejohanan Karate Asia kelapan yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai. 

Tiga daripada empat anggota polis yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan semalam, kerana mencederakan seorang jurulatih karate warga Indonesia.
-sinarharian-

Tiada ulasan: