"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inkues Teoh: Penulis 'nota terakhir' masih misteri

ndentiti penulis yang didakwa menulis 'nota terakhir' yang dijumpai di beg sandang Teoh Beng Hock masih menjadi misteri.

Mahkamah Koroner Shah Alam bagi menentukan inkues kematian Teoh dimaklumkan hari ini bahawa tulisan pada nota misteri berkenaan - yang ditulis bercampur-campur dalam bahasa Cina dan Melayu - adalah tulisan yang sama yang dijumpai di buku catatan yang dijumpai di beg Teoh.
teoh beng hock note 200910 01Bagaimanapun, penganalisis dokumen daripada Jabatan Kimia Malaysia, Wong Kong Yong, berkata beliau tidak dapat memberikan kepastian sama ada tulisan dalam bahasa Cina itu menyerupai contoh tulisan yang dijumpai di buku catatan berkenaan.

Menurut beliau, dia hanya boleh mengatakan bahawa nota itu “besar kemungkinan ditulis oleh orang yang sama”.

Berikutan perkembangan itu, koroner Azmil Muntapha Abas berkata perkara berkenaan masih belum merungkai misteri berhubung penulis nota tersebut.

Wong, yang mengkaji tulisan yang didakwa ditulis oleh Teoh sebagai 'wasiat terakhirnya' itu berkata kebanyakan sampel tulisan yang ditemui dalam beg sandang Teoh ketika disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2009.
teoh beng hock note 200910 03Teoh disoal-siasat pada malam tarikh berkenaan sebelum dijumpai mati di tempat mendarat tingkat lima bangunan yang sama.

Kenyataan 10 helai SPRM juga digunakan sebagai sampel untuk analisis tulisan berkenaan.

“Tulisan (Melayu) pada nota itu hampir sama dengan huruf tulisan BM.

“Tulisan ini ditulis oleh orang yang sama,” kata Wong ketika memberikan penerangannya.

Tambahanya, huruf awal yang terdapat di nota itu juga sama dengan apa yang ditulis oleh Teoh dalam kenyataannya kepada SPRM.

Tetapi Wong tidak boleh berkata perkara yang sama berhubung tulisan Cina. Dia hanya membuat kesimpulan, “kemungkinan besar” ia ditulis oleh orang yang sama.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: