"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri Mogok Seks, Suami Berhenti Perang

Bestoneoffour
Kesal kerana para suami memilih mengangkat senjata, sebahagian isteri di beberapa kampung di Pulau Mindanao, Filipina, melakukan mogok seks. Mereka menolak melayani suami sebelum mereka berhenti berperang.

Mogok itu ternyata berjaya menghentikan keganasan pada bulan Julai di kampung-kampung itu.

Perkara ini telah didedahkan dalam laporan UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) yang dikeluarkan minggu ini, CNN melaporkan, Isnin (2011/09/19).

Pemberontakan kumpulan pemisah di Mindanao berlaku sejak tahun 1970-an. Akibatnya banyak keluarga terpaksa menjadi pelarian. Mereka kini berusaha membina kehidupan semula dengan bantuan UNHCR dan institusi bantuan lainnya.

Kemudian timbul idea mogok berhubungan seks dengan suami masing-masing demi mencipta keamanan agar mereka boleh membangun kampung mereka semula.

Idea itu timbul ketika kaum perempuan itu bergabung dengan koperasi menjahit yang ditaja UNHCR. Ramai dari mereka yang kesal kerana tidak boleh menghantar karya mereka kerana kekerasan yang terus terjadi antara dua kampung.

Jurucakap UNHCR untuk Asia, Kitty McKinsey, berkata beliau menyaksikan wanita secara senyap-senyap melakukan tindakan yang membuahkan hasil yang manis itu.

Dalam beberapa minggu sejak mogok itu dilakukan, jalan-jalan utama kampung dibuka semula dan pertempuran antara kampung berhenti. Kaum perempuan yang bergabung dalam koperasi itu berjaya menghantar hasil karya mereka dan menggerakkan roda ekonomi desa.

“Kaum perempuan menginginkan suami mereka berhenti bertempur. Dengan menggunakan ‘tipu daya’ kewanitaan, mereka berjaya mendesakkan keinginan,” kata McKinsey.

Mogok seks seperti ini bukan perkara baru. Drama Yunani Kuno Lysistrata mengisahkan kaum perempuan yang menggalang aksi mogok seks untuk menamatkan perang antara Athens dan Sparta.

Pada 2006, perkara serupa dilakukan kaum perempuan di Pereira, bandar di Colombia yang dikenali kerana kejahatan dadah dan keganasan. Pelakunya adalah teman wanita dan isteri ahli geng yang berusaha membuat suami atau teman lelaki mereka meletakkan senjata dan mengubah gaya hidup.

Bantahan mogok seks itu menjadi salah satu cara warga Mindanao untuk mengubah kehidupan. “Saya tersentuh melihat mereka tidak hanya mahu menerima pemberian orang. Mereka bersemangat untuk menolong diri sendiir,” kata McKinsey. ~ Kompas

Tiada ulasan: