amkns

Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana Hitler telah menubuhkan Divisyen Tentera Islam yang antaranya terdiri dari tentera Islam Bosnia. Turki juga menyebelahi Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Malahan beberapa pemimpin Islam termasuk Mufti Palestin dikatakan telah menyokong Jerman untuk mengusir keluar penjajah Inggeris di negara mereka. Dan Jepun pula adalah sekutu Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
Apakah misi Undang Rembau melawat Maharaja Jepun pada lewat tahun 1930an dimana Undang Rembau adalah antara orang yang paling kuat mendesak penubuhan Askar Melayu?

Nampaknya satu kajian sejarah mendalam perlu dilakukan akan semua persoalan ini, kerana sejarah itu sentiasa berulang. Apa yang berlaku di Bosnia, di Palestin dan di mana-mana ada kaitan dengan sejarah, perang dunia, komunis, Inggeris dan seterusnya.
Apakah Inggeris gusar kerana topi Askar Melayu pada ketika itu hampir sama dengan topi Divisyen Tentera Islam Jerman ketika itu , iaitu topi tarbus?
Semua fakta ini dan perbandingan Tarbus Askar Melayu dan Tarbus Divisyen Tentera Islam Jerman di http://amkns.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan