"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahathir dituduh menikus di hadapan Rosmah

Penarik Beca
Bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menghadapi masalah apabila anaknya melaram dengan kereta Hummer milik Chia Tien Woh, orang ternanti-nanti hendak mendengar komen Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ramai orang melihat Nazri sebagai salah seorang nemesis utama Dr Mahathir. Sejak dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lagi, Nazri adalah menteri kabinet yang paling berani dan lantang melawan Dr Mahathir. Dia langsung tidak bagi peluang kepada bekas Perdana Menteri yang pernah menjadi bosnya itu.

Dr Mahathir juga dilihat tak bagi muka kepada Nazri. Asal ada peluang, dia akan debik Nazri cukup-cukup.

Bila kawan-kawan saya bercakap tentang keretakan hebat hubungan Dr Mahathir dan Nazri, mereka juga bercerita kononnya bukan rahsia lagi tuduhan bahawa Nazri bercerita sana sini tentang dakwaan kononnya Dr Mahathir pernah memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menceraikan Datin Seri Rosmah Mansor demi kepentingan politik Umno Barisan Nasional (BN). Saya tak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi tuduhan itu tersebar luas. Bayangkanlah, kalau blogger cikai macam aku pun mendengar cerita itu.

Mereka juga bercerita tentang satu lagi tuduhan itu sama popular - iaitu tuduhan bahawa Dr Mahathir dikatakan menikus di hadapan Rosmah. Orang tua itu hanya berani melawan Rosmah secara sembunyi-sembunyi sahaja, walaupun kini tersebar luas juga berita bahawa beliau sangat tidak berpuas hati terhadap Najib.
Walaupun dia tak puas hati, tetapi di hadapan Rosmah, Dr Mahathir dituduh menikus.

Sekali lagi, saya tak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi, seperti tuduhan lain, tuduhan itu tersebar luas.

Kata orang, kalaulah tidak kerana kebenciannya yang berapi-api terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, besar kemungkinan secara terbuka Dr Mahathir menyuruh rakyat mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Berkaitan:

Tiada ulasan: