"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah gambar diplomat yang dikatakan terlibat dengan kes rogol di NZ

Putrajaya tidak akan memberi pelepasan kepada suspek diplomat penyerang seks, Muhammad Rizalman Ismail, 38, di New Zealand (NZ) melainkan "ia betul-betul dikehendaki".

Perkara itu diumumkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini pada sidang media di Wisma Putra, selain satu lembaga siasatan juga ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini.

"Jika ia betul-betul dikehendaki, di mana kami fikir jalan terbaik untuk melepaskan imuniti, kami akan lakukannya tanpa teragak-agak," kata Anifah pada sidang media hari ini.

Anifah berkata hasil siasatan oleh pihak Mindef akan disalurkan kepada pihak berkuasa NZ.

"Tapi kami mempunyai keyakinan yang tinggi dalam lembaga inkuiri Mindef dan mereka akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand," katanya.?

Apabila ditanya mengenai "dikehendaki", Anifah berkata ia bermakna apabila pihak NZ meminta Rizalman supaya kembali ke negara tersebut atas dasar dipercayai siasatan di Malaysia tidak dijalankan secara sepatutnya.

Anifah juga menjelaskan pihak berkuasa New Zealand yang membenarkan Rizalman dibawa pulang ke Malaysia pada Mei lalu.

"Kementerian Luar sedia menyediakan pelepasan imuniti diplomatik terhadap tertuduh untuk membolehkan pendakwaan dibawah undang-undang NZ diteruskan.

"Semasa perbincangan 12 Mei lalu, pihak NZ menawarkan alternatif kepada tertuduh untuk dibawa balik ke Malaysia... ia tidak bermaksud untuk mengambil ringan perkara itu," katanya.

Anifah juga memberitahu perbincangan dijalankan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Timbalan Ketua Protokol Menteri Luar dan Perdagangan New Zealand (MFAT) dan pegawai dari polis NZ.

Rizalman, Pegawai Waran Kedua Kementerian Pertahanan yang berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ditahan pada 9 Mei lalu atas tuduhan 'memecah rumah dengan tujuan merogol'.

Beliau mengikut wanita berusia 21 tahun itu ke rumahnya di Brooklyn pada 9 Mei ketika kejadian itu berlaku.

Anifah berkata Mindef tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas Rizalman di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 dan didakwa di mahkamah tentera.

"Kerajaan Malaysia mengetahui insiden itu adalah perkara serius dan kami tidak cuba untuk menyembunyikannya," kata beliau.

Menurutnya lagi, Mindef juga melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh sebaik pulang ke Malaysia dan keputusan diperoleh memuaskan.

Rizalman kini sedang menjalani ujian psikiatrik dan dipantau di Hospital Tentera Tuanku Mizan Military Hospital.

"Insiden ini walaupun kes terpencil, kerajaan Malaysia melihat isu ini dengan serius dan tidak mungkin mencerminkan tingkah laku yang boleh diteladani dan integriti pegawai- pegawai diplomatik Malaysia yang berkhidmat di luar negara.

Beliau tidak memberitahu tempoh siasatan akan berjalan, tetapi menjelaskan pihak berkuasa New Zealand bersedia untuk memberi kerajaan Malaysia semua bukti membabitkan Rizalman.

"Mereka (Mindef) akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa New Zealand, khususnya polis untuk dapatkan bukti. Yang penting individu itu dibawa ke muka pengadilan," kata Anifah.

Bagaimanapun, pada awalnya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berharap NZ dapat menggugurkan semua pertuduhan ke atas Rizalman.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: