"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panass!!! MH370 Ditembak Jatuh Tentera AS - Dakwa Bekas CEO Syarikat Penerbangan

Tranungkite
SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.

Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.

"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph

Tiada ulasan: