"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar!! 13 orang ditahan disyaki merogol seorang gadis 20 tahun secara bergilir-gilir atas arahan JKK

Kolkata: Polis India semalam menahan 13 orang yang disyaki merogol seorang wanita berusia 20 tahun secara bergilir-gilir atas arahan jawatankuasa kampung.

Kejadian Selasa lalu itu berlaku di perkampungan terpencil di negeri Bengal apabila wanita dari suku kaum Santhal yang belum berkahwin itu dituduh menjalin hubungan dengan seorang lelaki Islam kampung bersebelahan.

Jawatankuasa dibentuk untuk menangani kes itu mengenakan denda 25,000 rupee (RM1,330) terhadap keluarga mangsa, tetapi mereka gagal membayarnya, kata pegawai polis daerah, Superintendan C Sudhakar kepada media. “Mangsa dihukum dirogol secara bergilir-gilir kerana menjalin hubungan dengan g pemuda dari masyarakat lain selepas gagal membayar denda itu. “Semua 13 suspek, termasuk ketua jawatankuasa kampung yang dilaporkan ke pihak berkuasa sudah ditahan,” katanya.

Kejadian di perkampungan Subalpur, kira-kira 240 kilometer ke barat Kolkata itu berlaku selepas pasangan terbabit ditemui berdua-duaan.

“Ketua jawatankuasa kampung mengadakan mesyuarat tergempar selepas wanita itu dan kekasihnya ditemui sedang memadu kasih.

“Kedua-duanya kemudian diikat pada pokok berasingan sebelum masing-masing didenda RM1,330 kerana berpacaran,” katanya. Kekasih wanita itu dibebaskan selepas bersetuju membayar denda itu dalam tempoh seminggu, manakala mangsa dibawa ke sebuah khemah sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Jawatankuasa kampung yang terdiri daripada beberapa warga tua mempunyai pengaruh yang kuat di pedalaman India, terutama di utara negara itu. Mereka sering mengeluarkan arahan atau menjatuhkan hukuman sesuka hati terhadap sesiapa saja yang disyaki melanggar kepercayaan atau amalan tradisi masyarakat. - AFP
Foto
SEBAHAGIAN daripada suspek yang ditahan dalam kes rogol bergilir-gilir di Subalpur, India, semalam.
-hmetro-

Tiada ulasan: