"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lelaki Wales dakwa dirinya putera Sultan Perak (Gambar)

FMT Reporters
Keith-Williams
PETALING JAYA: Seorang lelaki berbangsa Wales mendakwa dirinya adalah putera sulung kepada Sultan Perak ke-33, Almarhum Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.

Bagi mengukuhkan dakwaan itu, lelaki terbabit muncul dalam sebuah filem dokumentari bertajuk: Fy Nhad y Swltan (Ayahku Sultan), disiarkan di Wales pada 6 Januari lalu yang memaparkan kisah dirinya yang berdarah Raja Melayu itu.

Keith Williams, 64, mendakwa dia mendapati dirinya berdarah Raja-Raja Melayu Perak selepas menemui ibu kandungnya, Elizabeth Rosa.

Dia yang tinggal di sebuah kampung di Penygroes di Gwynedd, Wales, diambil sebagai anak angkat ketika berumur dua tahun.

“Ibu cakap ayah kandung saya dari Malaysia dan kemudian memberitahu bahawa ayah saya adalah seorang Sultan. Saya memang terkejut.

“Kemudian ibu beri saya lihat banyak gambar foto lama yang menunjukkan ayah dan ibu. Saya rasa kisah ini macam dalam filem Disney,” katanya yang dipetik portal South Wales Guardian, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Keith berkata, dia sukar untuk menghubungi anggota kerabat diraja Perak dan berpendapat ia mungkin disebabkan wujud kebimbangan di Istana Iskandariah bahawa dia akan menuntut takhta, istana dan harta pusaka almarhum Sultan Idris.

“Saya tidak buat program dokumentari ini untuk menyinggung kerabat Perak, saya cuma mahu mengetahui lebih lanjut mengenai diri sendiri.

“Saya sedar ia perkara sensitif untuk kerabat Perak, tapi saya mahu tahu dan saya sudah ziarah makam ayah. Memang beremosi untuk saya,” katanya.

Sultan Idris adalah Sultan Perak ke-33 yang memerintah antara tahun 1963 hingga 1984. Baginda mangkat selepas diserang sakit jantung dalam sebuah majlis di Lumut, Perak.

Sultan Idris sangat terkenal pada zaman pemerintahannya sebagai Raja Pemerintah Perak berjiwa rakyat dan sering turun padang melihat rakyat jelata dengan berpakaian celoreng tentera dan berpistol di pinggang.

Tiada ulasan: