"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Dirogol ketika bersiar dengan bapa (Gambar suspek)

Dirogol ketika bersiar dengan bapa
Suspek kes rogol
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Empat remaja ditahan sementara seorang lagi masih diburu kerana merogol remaja berusia 18 tahun di taman permainan, lapor Metro.uk

Mangsa bersama bapanya bersiar-siar di taman permainan di Brooklyn ketika serangan berlaku.

Polis berkata, sekumpulan remaja terbabit mengacukan pistol kepada bapa mangsa dan mengarahkannya untuk beredar dari lokasi kejadian sebelum bertindak merogol mangsa.

Bapa mangsa kemudian beredar untuk mendapatkan bantuan dan kembali semula bersama dua orang polis.

Dua penyerang berjaya ditahan di lokasi kejadian manakala dua orang lagi menyerah diri kepada polis.

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, suspek masing-masing berusia 14, 17, dan dua berusia 15 tahun manakala suspek kelima masih diburu.

"Lima suspek terlibat dalam jenayah ini, salah seorang suspek mengacukan pistol kepada bapa mangsa dan mengarahkannya meninggalkan lokasi kejadian.\

"Kesemua lima suspek bertindak merogol mangsa, dan bapa mangsa kemudian kembali semula ke tempat kejadian bersama dua orang polis yang kemudiannya bertindak melarikan diri," kata polis.

Wanita berkenaan menerima rawatan di Hospital Kings County.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengutuk keras serangan dan melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa.

" Penduduk New York berhak untuk berasa selamat dan dilindungi dan kami tidak akan berhenti untuk memburu pelaku yang harus dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka," ujarnya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: