"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tambah 1% cukai GST bermakna "kamekaze" bagi Najib?

Parti Amanah Negara

BAJET 2016, Apa yang hendak diubahsuai?

1. Pada 30 Disember 2015, Bernama laporkan kerajaan tidak akan buat 'ubah suai' Bajet 2016. Walaupun minyak mentah sudah turun dari AS$48 setong ke paras AS$36. Kalau jatuh $30 kerajaan masih mampu mengikut laporan itu.

2. Pada 5 Disember penulis gesa DS Najib Razak timbangkan 'ubahsuai' dan ulangi saranan PM segera bertindak (8 hb Berita Daily).

3. Berkebetulan pd 8hb Najib umumkan "pengubahsuaian" kepada Bajet 2016. BH laporkan Najib kata dia tidak mahu ‘gula-gulakan’ rakyat. Beliau semacam baru sedar apa erti tema bajetnya "Mensejahterakan Rakyat?"

4. Umum juga mula faham kenapa berlaku lambakan minyak mentah dunia. Goldman Sachs, bank pelaburan global ramal minyak mentah jatuh ke paras AS$20 pada tahun ini. Sumbangan minyak-gas 30% pendapatan negara (royalti, cukai PITS dan dividen).

5. Rakyat tidak faham impak kompleks penurunan ini. Yang mereka tahu kesan hempitan dan beban kos kehidupan dan kenaikan barang keperluan harian semakin parah. Tambahan pengangkutan awam dan tol naik, di samping GST and kejatuhan Ringgit. Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sudah tidak bererti.

6. Persoalannya "Apa yang Najib nak ubahsuai?". Ini tahun kedua Najib buat 'revision'. Tahun lalu, para penganalisis kata ubahsuai tak banyak menafaat. Apakah akan berulang?

7. Bagaimana nak tampong pendapatan ini? LHDN dah mula selongkar klinik-klinik swasta. JPJ dan Kastam Di Raja juga akan pergiat usaha.

8. Mungkinkah Najib akan menambah 1% cukai GST? Opsyen itu "kamekaze" namanya. Marah rakyat tentang derma RM2.6 bilion belum reda. Peguam Negara kata akan tegas dengan laporan SPRM ttng RM2.6 b dan RM42 juta derma SRC International.

9. Najib terbiasa dengan berbelanja mewah. Apakah yang akan dikurangkan dari perbelanjaan bajetnya yang sebanyak RM215 bilion?

10. Emolumen untuk saiz XXL Kabinetnya tetap. Dia berani "adjust" perbelanjaan pembangunannya sebanyak RM50 bilion termasuk LRT3 (RM9 bilion), MRT2 (RM28 bilion) dan Rapid Buses KL-Klang (RM2.5 bilion)?

11. Projek mega lain guna kadeah "Off-Budget Spending", diluar bajet. Yang itu tidak ada kene mengena ubhasuai.

12. Sanggup Najib tangguh bayaran hutang kerajaan RM26.6 bilion setahun atau RM2.22 bilion sebulan itu atau RM73 juta sehari itu? Boleh? Najib ambil risiko jejas penarafan negara oleh agensi-agensi penarafan? Berat juga.

13. Najib potong besar bidang pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial, tapi JPM dapat RM20.3b dlm Bajet 2016n, tokok RM1b. Tak betul prioriti Najib.

14. RM8.5 b utk Dana Fasilitasi, Projek Mesra Rakyat dan Projek Khas. Perlukah sampai RM8.5b.

15. Buat Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan (PH), dari awal lagi Belanjawan kami temanya "Mengelak Ancaman Krisis" (Averting A Crisis). Strategi dan pendekatan belanjawan kami sudah dikemukakan. Kami sedia "menasihati" kerajaan.

16. Lebih penting sebagai ‘pembangkang’ atau ‘kerajaan dalam penantian’ kami terus 'semak-imbang' kerajaan BN ini, dedah dan perbetul segala perilaku buruk dan salah-guna kuasa yang bawa kebejatan dan kemusnahan sumber dan kekayaan negara. Kini kita hilang daya saing dan kemapanan ekonomi-kewangan serta tadbir urus negara.

17. Kini negara tidak punya ‘fiscal space’ untuk bertindak menangani kejutan ekonomi global atau ‘global economic shocks’.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara

Tiada ulasan: