"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Penduduk Nampak Lembaga Berterbangan Mengilai

langsuir pontianak
Korang pernah nampak hantu? Ini cerita real penulis kongsikan dari pengalaman peribadi nampak hantu sewaktu remaja dahulu kembara berjalan kaki bersama seorang rakan di area Gemas, Negeri Sembilan.

Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi kawasan gelap entah bagaimana kejadian bermula dengan suara tangisan bayi kedengaran kuat dari sebuah rumah kampung yang dikelilingi pokok-pokok sebesar pemeluk.

Selepas itu terlihat seakan bunga api yang menyala semacam jenis dawai itu melingkari mengelilingi batang pokok besar tersebut. Kami berdua nampak jelas dan dalam hati dan mulut kumat kamit membaca Al Fatihah serta 4 Qul.

Menurut keyakinan kami dari cerita orang tua tua kalau berapi itu makna si hantu penanggal dan yang berapi itu isi perut dia yang memang suka kacau kanak-kanak dan ibu bersalin.

Hakikatnya hantu syaitan itu memang wujud dan ada orang boleh nampak dan kalau orang yang sombong jahat mencabar kata tidak ada juga boleh dinampak oleh Allah dengan serta merta.

Cerita kedua sewaktu zaman bujang penulis memandu kereta seorang dan terniat di dalam hati nakal kalaulah ada perempuan minta tumpang jam 3-4 pagi ini mesti aku bagi naik.

Tak lama selang 2-3 minit ada perempuan pakai skirt baju merah dari jauh melambai lambai.

Bila penulis yang sedang memandu wira Aeroback waktu lihat betul-betul rupanya perempuan berambut panjang itu kedua kakinya tiada hanya diparas lutut sahaja.

Alamak dia punya mata tajam sungguh sampai hari ini tak boleh lupa maybe itulah dinamakan pandangan tajam syaitan yang disebut Al Quran serta Hadis.

Pelajaran dari kisah penulis ini ialah pertama dengar cakap orang tua-tua pasal hantu, kedua imani yang ghaib, ketiga mulut jangan cabul jangan gatal memalam, keempat jangan merayau malam, kelima amal surah pendek dan bawa Al Quran CD atau surah Yaasin di dalam kereta.

Ana Ghoib ada banyak lagi kisah misteri… dan Ya Tawwab Allah Alimul Ghoib Maha Tahu

Kisah dibawah kami kongsikan berita dari laporan Sinar Harian pada tahun 2013:

Cerita hantu langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

“Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu. – Sumber Sinar Harian
-malaysianreview-

Tiada ulasan: