"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah tertinggal dompet semasa merogol

Perogol tertinggal dompet dipenjara 12 tahun
WEST BROMWICH - BRITAIN. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan merogol selepas berjaya ditangkap berdasarkan maklumat pengenalan dirinya yang tertinggal di tempat kejadian.

Menurut Dailymail, Liam McCarthy, 25 tertinggal dompetnya di Hospital Birmingham selepas merogol seorang pekerja hospital di sebuah tandas, Oktober tahun lepas.

Liam juga didakwa atas kesalahan menyerang dan berniat mencemarkan imej mangsa selepas pihak polis menemui rakaman aksi rogol berkenaan di dalam telefon bimbit.

Menurut pegawai pendakwaraya, Hugh O'Brien-Queen memberitahu mahkamah Liam telah mencekik dan menolak pekerja hospital berkenaan jatuh ke atas lantai tandas.

Hakim, Simon Drew menolak hujah peguambela, Mohammed Naser kerana Liam bertindak merakam aksi rogol yang menjijikkan tersebut.

"Kejadian ini memberikan kesan dahsyat kepada mangsa. Hidupnya berubah selepas anda rogol dia," jelas Simon.
-sinarharian-

Tiada ulasan: