"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang tak berakhlak macam ini tidak sepatutnya ditugaskan di dalam masjid

Ikram, mufti kritik petugas masjid tengking wanita tak bertudung
Nawar Firdaws

PETALING JAYA: Pertubuhan Ikram MALAYSIA mengecam sikap kasar yang ditunjukkan seorang polis bantuan yang memarahi seorang wanita kerana berada di kawasan masjid tanpa bertudung, sambil berkata ia tidak mencerminkan budi pekerti yang dituntut Islam.

Timbalan Presiden Ikram, Zaid Kamaruddin berkata perbuatan itu bukan sahaja bertentangan dengan nilai Islam, tetapi juga mengenepikan contoh yang ditunjukkan Nabi Muhammad seperti terkandung dalam sebuah hadis.

Zaid mengulas rakaman video kejadian yang didakwa berlaku di Masjid Hospital Kuala LUMPURbaru-baru ini.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Facebook oleh wanita bernama Lisza Laressa, menunjukkan seorang lelaki berpakaian hijau dilihat menjerit ke arah seorang lelaki yang kelihatan lebih tua berbanding dirinya.

Menurut Lisza, lelaki pertama merupakan seorang anggota polis bantuan.

Lisza berkata dia dan ibu bapanya ke masjid itu untuk mendapatkan perlindungan daripada hujan.

Zaid menceritakan kisah seorang lelaki membuang air kecil di dalam Masjid Nabawi di Madinah, dan dimarahi sahabat Nabi.

Zaid berkata Nabi menegah orang ramai memarahi lelaki itu, dan menasihati mereka, “Biarkan dia selesaikan ‘hajatnya’ dulu.”

Selepas lelaki itu selesai, Nabi memanggilnya dan menjelaskan masjid bukanlah tempat membuang air, sebaliknya tempat beribadat, sebelum meminta sahabat mencuci sisa air kencing di dinding masjid.

“Ini menunjukkan apabila kita terlibat dengan situasi tidak menyenangkan, kita perlu menggunakan kebijaksanaan untuk mendapat hasil terbaik.

“Sebagai contoh, polis itu boleh menasihati wanita terbabit dengan cara baik atau bertanya sama ada dia mahu sesuatu untuk menutup kepalanya.”
‘Jangan upah orang kasar di masjid’

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor bersetuju dengan pendapat Zaid dan berkata umat Islam perlu mengelak daripada bersikap kurang ajar.

“Orang bersikap kasar tidak sepatutnya ditugaskan di dalam masjid kerana mereka akan mencemarkan kesucian rumah Allah,” katanya kepada FMT.
“Pegawai yang bekerja di masjid dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran masjid perlu menghayati nilai yang diajar dan diamalkan nabi.

“Kita perlu menerima tiada manusia boleh memenuhi semua kehendak Islam.

“Ada yang selalu solat dan beramal soleh, tetapi gagal menutup aurat. Dan ada yang menutup aurat, tetapi suka mengumpat dan sebagainya.”

Tiada ulasan: