"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Apa akan jadi jika Najib ganti Zahid dengan Hisham?

Zikri Kamarulzaman
Umno mungkin bakal berdepan situasi yang mencabar ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk melantik sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan timbalannya sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun jika terdapat motif lain di sebalik pelantikan Hishammuddin sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi tugas-tugas khas, langkah itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa penyokong Zahid, berhubung kedudukan pemimpin mereka itu.

Jika spekulasi itu bertukar kepada realiti, ini boleh membawa kepada perpecahan dalam Umno.

Malaysiakini mendapatkan pandangan dua penganalisis politik - Ahmad Atory Husain dan Jeniri Amir - untuk  mengenai perkembangan tersebut.

Jeniri Amir percaya langkah seumpama itu akan membawa kepada "konflik yang teruk" dalam parti itu.

Berpecah dengan penyokong Zahid akan menjejaskan Umno, dengan pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi, kerana Zahid sangat popular di kalangan akar umbi.

Dalam pemilihan parti 2013, beliau menang dengan undi terbanyak bagi jawatan naib presiden, dengan mendapatkan sokongan daripada 185 bahagian.

Sebaliknya, Hishammuddin hampir kehilangan jawatan naib presiden, apabila mendapat undi dari 100 bahagian, hanya sembilan undi di depan seorang lagi calon jawatan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua biro strategi dan dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rais Husin mendakwa Zahid lebih popular daripada Hishammuddin di Johor.

"Hishammuddin dilihat sebagai lemah, bahawa dia tiada tindakan, hanya cakap sahaja," kata Rais.

Beliau berkata Kedah dan negeri asal Zahid, Perak, juga boleh memberontak sekiranya ia menjejaskan kedudukan timbalan perdana menteri itu.

Sejarah berulang?

Langkah Najib untuk menaikkan kedudukan Hishammuddin, telah mengimbau ke tahun 2015, apabila perdana menteri memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Zahid.

Terdapat rungutan kedengaran di Johor pada masa itu, tetapi ianya lenyap kerana kurangnya tindakan dari Muhyiddin.

Bagaimanapun ia masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada Zahid dan penyokongnya akan membuat kesilapan taktikal yang sama, atau jika mereka akan bertindak balas.

Pada masa ini, Zahid dilihat patuh dan secara terbuka berkata beliau menyokong pelantikan Hishammuddin sebagai menteri dengan tugas-tugas khas.

Jeniri berkata ini sudah dijangkakan, dan ia adalah satu strategik yang bijak untuk dilihat menyokong langkah Najib itu.

Bagaimanapun kedua-dua Jeniri dan Atory percaya ketegangan mungkin belum lagi sampai 'ke tahap mendidih".

"Perdana menteri akan cuba untuk mengelakkan meletusnya konflik," kata Jeniri.

Sementara itu Atory percayai Zahid sendiri akan memberitahu penyokongnya supaya bertenang.

Atory - yang merupakan bekas orang kuat Umno Pasir Salak pada 1980-an sebelum menyertai bidang akademik pada tahun 1990 - mendakwa Zahid dan Najib telah menjalin persahabatan yang cukup lama, yang melampaui politik.

Oleh itu, katanya, ada kemungkinan kedua-dua mereka telah mencapai persefahaman mengenai pelantikan Hishammuddin itu.

"Zahid tidak akan mengkhianati Najib, beliau akan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dibuat," kata penganalisis itu.

Beliau berkata persefahaman yang mungkin dipersetujui ialah untuk Hishammuddin menjadi perdana menteri, dan Zahid kekal di jawatan nombor dua.

Jeniri berkata walau apa jua pun, Najib mahupun Zahid tidak seharusnya mengorbankan kepentingan negara untuk kepentingan mereka sendiri.
-malaysiakini

Tiada ulasan: