"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Rafizi cabar Nasharuddin isytihar harta

MALAYSIA DATELINE

Rafizi Ramli mengemukakan laporan kepada akuan bersumpah kepada SPRM semalam berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengalu-alukan niat bekas timbalan presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa mahu menyamannya atas dakwaan memfitnah tetapi turut menyarankan Nasharudin mengisytiharkan semua harta dan pendapatannya.

"Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang saksi.

"Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai penglibatan beliau dalam melobi pimpinan Pas supaya menjadi lunak dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga Pas dilihat tidak lantang memperjuangkan keamanahan perdana menteri dalam skandal 1MDB," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Rafizi menyarankan Nasharuddin membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi yang beliau terajui.

"Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau, dibelanjakan," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.

Semalam, Nasharudin menafikan pembabitannya sebagai orang tengah dalam penyaluran wang dana 1MDB kepada Pas dan sedia bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan yang dikeluarkan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah dan bersedia mengambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, Rafizi mengemukakan akuan bersumpah kepada SPRM berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas.

Menurut Rafizi, sumber beliau adalah bekas pegawai kanan SPRM yang biasa dengan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

Mengulas lanjut, Rafizi hari ini menegaskan keyakinannya terhadap kedua-dua maklumat yang diterimanya serta proses akuan berkanun untuk mengisytiharkan semua harta.

Dalam menggesa Nasharudin membuat pengisytiharan dari tahun 2012 sehingga tahun ini, Rafizi bagaimanapun mengingatkan ada beratus akauntan dan peguam yang akan meneliti akaun berkanun itu.

"Jika ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara," tegas Rafizi.

Sementara itu, katanya, beliau telah menjangka semua reaksi yang diterima daripada pemimpin dan penyokong Pas berikutan pendedahannya itu.

Antara lain, beliau memetik reaksi Ketua Penerangan Ulama Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali, yang mempersoalkan kredibilitinya kerana didakwa bertindak berdasarkan khabar angin.

"Kalau pun beliau merasakan maklumat yang diperolehi mengenai siasatan 1MDB dan keterlibatan Datuk Seri Najib itu belum sahih, bukankah menjadi tanggungjawab beliau sebagai ahli Parlimen untuk menggunakan sepenuh ruang di Parlimen untuk mendapatkan pengesahan dan jawapan lanjut?" kata Rafizi.

Katanya, beliau pernah menjadi sasaran pemimpin Umno apabila beliau mendedahkan mengenai dana rakyat RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk membantu penternak lembu miskin digunakan untuk membeli hartanah mewah oleh keluarga menteri kanan, dan pemimpin Pas yang menggalakkan beliau untuk membangkitkan isu ini di kalangan pengundi luar bandar.

"Hari ini, pimpinan dan jentera Pas yang sama yang mengitar semula alasan Umno mengenai skandal NFC kononnya saya memfitnah NFC, sedangkan mereka jugalah yang paling galak mengulangi pendedahan skandal NFC dahulu," tegasnya.

Tiada ulasan: