"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri dibelasah perempuan simpanan (Gambar)


Selalunya kita membaca laporan si isteri akan membelasah perempuan simpanan suaminya tanpa belas ihsan namun kali ini berbeza.

Si isteri pula dibelasah oleh seorang perempuan yang didakwa kekasih suaminya di sebuah medan selera di bandar Lishui, China.

Kejadian itu berlaku selepas si isteri menghampiri wanita terbabit yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan suaminya.

Dia kemudiannya memarahi wanita itu tetapi perempuan simpanan tersebut membalas dan berlaku pergaduhan.

Perempuan simpanan itu telah mencurahkan air ke muka si isteri sebelum menarik rambutnya.

Ia berlarutan hingga ke jalan di mana si isteri telah ditendang dan ditampar hingga rebah ke tanah.

“Aku telah beri kau banyak peluang. Aku dah kata tiada apa yang berlaku antara aku dan laki kau. Tiada apa yang berlaku antara kami,” demikian tegas wanita berkenaan.

Orang ramai yang menyaksikan adegan berkenaan telah menghubungi polis dan kedua-duanya ditahan untuk siasatan.

Sementara video pergaduhan mereka telah menjadi viral di media sosial China dan ditonton lebih satu juta tontonan. – Mynewshub

Tiada ulasan: