"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas mahu rampas kembali Batu Pahat dari PKR

MALAYSIA DATELINE
Pemuda Pas Johor berhasrat merampas semula parlimen Batu Pahat yang menurut parti itu dipinjamkan kepada PKR dalam pilihan raya ke 13 yang lalu.

Timbalan ketua dewan pemuda pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dalam satu kenyataan semalam berkata melalui usul tergempar yang dibangkitkan oleh perwakilan Pasir Gudang, muktamar Pemuda Pas Johor kali ke-45 ini telah bersetuju sebulat suara untuk memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Usul yang diterima tersebut juga menyebut kesedian Dewan Pemuda Pas Negeri Johor untuk merampas semula Parlimen Batu Pahat yang dipinjamkan kepada PKR dalam PRU 13 yang lepas," kata kenyataan itu.

Pemuda Pas Johor katanya, bertekad untuk melebarkan kemenangan Pas di bumi Johor Darul Takzim pada PRU 14 nanti.

"Kita sedang menyusun langkah untuk mencapai kemenangan," katanya.

Isu putuskan hubungan Pas dengan PKR sedang dibincangkan dalam muktamar (mesyuarat agung tahunan) parti itu di seluruh negara.

Muktamar parti itu peringkat pusat yang dijangka diadakan di Kedah akhir bulan ini dikatakan akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.

Tiada ulasan: