"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ahmad Zahid hanya layak jadi TPM itupun jika tidak menderhaka

MALAYSIA DATELINE
Tan Sri Zainuddin MaidinKarier politik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadar sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya, itupun sekiranya beliau tidak menderhaka, kata bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.
Beliau berkata,,apapun tafsiran dan anggapan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkukuhkan lagi kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil risiko melantik sepupunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri. Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun jika beliau tidak menderhaka," ujar bekas menteri penerangan itu di dalam blognya hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti,jauh lebih popular dari Hishammuddin yang kemenangannya sebagai Naib Presiden Umno terus diragui ujarnya lagi, kerana adanya sokongan Istana dan juga sunglap politik.

"Terbukti Najib sanggup melakukan segala-galanya untuk mempastikan Hishamuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

"Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti Tun Mahathir menilai Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan.Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddinlah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid," ujar penulis buku "Saya bukan Menteri" ini.

Justeru ujarnya lagi,Ahmad Zahid mesti menerima hakikat walaupun pahit jika beliau ingin terus mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Najib telah membuktikan kebenaran kepercayaannya bahawa kuasa adalah bergantung kepada keupayaan menabur dedak mengikut taraf dan untuk itu Wang adalah Raja.Malangnya Zahid ada wang tetapi tak boleh jadi Raja," ujarnya.

Tiada ulasan: