"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Husam kini Naib Presiden Amanah, Zolkharnain pengarah syariah

ARIF ATAN
Pengumuman Husam sebagai naib presiden dibuat ketika sidang media selepas seminar pemikiran Nik Aziz.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa hari ini diumum sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)

Pelantikan tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, sebagai memenuhi usul yang telah diterima sebulat suara pada Konvensyen Amanah 2016.

"Kami yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang politik sebagai Ahli Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan anggota Dewan Undangan Negeri akan membantu perjalanan dan perkembangan Parti Amanah Negara," ujarnya.

Beliau memberitahu demikian pada sidang media selepas Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di ibu negara.

Menurutnya, perlantikan Husam bagi melengkapkan lima jawatan naib presiden parti tersebut iaitu tiga daripada jawatan tersebut dipilih perwakilan manakala selebihnya melalui lantikan.

Sehubungan itu, Anuar berkata Amanah berharap Kelantan dan Malaysia dapat memanfaatkan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki bekas Naib Presiden Pas berkenaan.

Pada masa sama, jelasnya, Amanah diharap dapat mengukuhkan usaha merampas Kelantan daripada Pas melalui pelantikan Husam itu.

"Ya memang (cuba mengambil alih Kelantan) dan pada masa sama, Amanah tidak mahu beliau (Husam) hanya menyumbang di peringkat Kelantan, sebaliknya juga diperlukan di peringkat nasional," ujarnya lagi.

Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan adalah antara sebahagian pemimpin Pas yang disingkirkan perwakilan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu pada muktamar atau perhimpunan tahunan berkenaan pada 2015.

zolqarnainBerkuat kuasa 23 April 2016, Pas memecat Husam yang sebelum itu lantang mengkritik Abdul Hadi ekoran kerjasama dengan Umno dan kerajaan negeri Pas Kelantan.
Husam kemudiannya mengumumkan menyertai Amanah pada 30 Ogos 2016 ketika program Makan Malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Nasional dan Putrajaya di Cyberjaya.

Turut diumum pada sidang media sama, pelantikan Timbalan Pengerusi Amanah Perlis, Ustaz Zolkharnain Abidin sebagai Pengarah Syariah Parti Amanah.

Zolkharnain adalah bekas Adun Santan selepas memenangi kawasan itu pada pilihan raya umum 1999 serta bekas pegawai di jabatan hal ehwal agama di Perlis.

Tiada ulasan: