"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa maut ditetak, ditikam anak kandung

Padang Besar: Seorang anak tergamak menetak dan menikam bapa kandungnya sendiri menggunakan parang selepas gagal mendapatkan wang bagi membeli dadah dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Melangit, Beseri di sini kira-kira pukul 7.40 pagi hari ini.

Suspek lelaki yang berusia 24 tahun dan merupakan seorang penganggur itu bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan mangsa, Amran Ariffin, 53, kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Azahar Muda berkata, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri ke rumah neneknya yang terletak kira-kira 60 meter daripada lokasi kejadian.

“Suspek ditahan polis kira-kira pukul 8 pagi dan turut mengalami kecederaan apabila menikam dirinya sendiri di bahagian perut.

“Suspek kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sebelum direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mangsa merupakan seorang kontraktor sementara suspek baru sahaja berhenti kerja di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.
-kosmo

Tiada ulasan: