"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Umno makan umpan, Pas tinggal mata kail saja, kata Mat Sabu

MOHD ALI HASHIM
Mat Sabu melepaskan tanglung sebagai gimik program Selamatkan Malaysia di Junjung, Kulim, Kedah.
Mat Sabu melepaskan tanglung sebagai gimik program Selamatkan Malaysia di Junjung, Kulim, Kedah.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mampu bentang sahaja Rang Undang-Undang 355 tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk dibahas dan diluluskan setelah menjadi bola lambung kepada Umno.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap pada program 'Selamatkan Malaysia' di Pekan Junjung, Kulim, Kedah kelmarin.

"Kita tidak mahu sekejap ada, dan sekejap tidak ada.

"Sekejap hendak bentang, sekejap lagi tidak bahas dan kemudian tangguh lagi.

"Akhirnya Umno berjaya makan umpan, Pas hanya tinggal mata kail saja, " ujarnya lagi.


Jaga orang Melayu

Dalam pada itu beliau berkata, Amanah tidak akan menganiayai orang Melayu sepertimana yang diamalkan oleh Umno dan BN.

Malah Parti Amanah akan tetap memperjuangkan hak orang Melayu termasuklah mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan.

Menurut beliau lagi, kehadiran Parti Amanah dalam persada politik negara amat memberangsangkan apabila parti tersebut telah berjaya di wujudkan dalam 160 kawasan Parlimen hingga kini.

"Kepercayaan rakyat kepada Parti Amanah menyebabkan parti tersebut berjaya ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen sehingga mencecah 160 kawasan tatkala ini.

"Kita yakin tidak lama lagi Parti Amanah mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat di kesemua kawasan Parlimen dalam negara ini.

"Rakyat kini tidak lagi mahukan parti yang mesra Umno atau yang cakap lain, tapi bikinannya lain pula, " tegasnya.

Tambahnya lagi, orang Melayu tetap akan dibela walaupun tanpa kehadiran Umno sebagai kerajaan yang memerintah.

"Yakinlah bahawa tanpa kehadiran Umno, Melayu boleh dibela oleh Parti Amanah.

"PKR dan Parti Bersatu juga didokong oleh pimpinan Melayu yang komited untuk sama-sama mencegah kemungkaran yang menjadi amalan Umno dan BN.

"DAP turut membantah amalan korup dan rasuah yang berleluasa oleh pimpinan kerajaan termasuklah pesalah membabitkan isu 1MDB yang masih cuba dilindungi oleh kerajaan, " jelasnya.

Beliau juga berkata, rakyat tidak harus terpedaya dengan mainan umpama 'Awang Liku' yang terkenal dikalangan orang Melayu atau 'main sorok dan sembunyi'.

Turut menyampaikan ceramah dalam program tersebut ialah pimpinan PKR, DAP dan Parti Bersatu Negeri Kedah.

Tiada ulasan: