"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

'Kita perlukan sokongan Umno untuk menang, kata PAS', Ini maknanya pas dah tak lawan umno

PAS mengakui mereka memerlukan sokongan ahli Umno untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen, walaupun sebelum ini menafikan akan wujudnya kerjasama politik antara dua parti terbesar Melayu Islam itu.

Menurut Presidennya Abdul Hadi Awang, PAS tidak mampu menang lebih banyak kerusi Parlimen dengan hanya sokongan penyokong parti Islam itu sahaja.

"Hari ini, kita mempunyai 195 kawasan dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara. Bermakna sebahagian besar kawasan Parlimen sudah ada kawasan PAS.

"Kita perlu sedar, negara kita yang mengamalkan demokrasi berparlimen memerlukan undi banyak untuk mendapatkan kuasa.

"Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS sahaja, tidak boleh menang dengan penyokong PAS sahaja. Kita perlu pada orang lain mengundi kita.

"Sana ada orang atas pagar, parti lain termasuk orang Umno sendiri mesti diajak mengundi kita untuk buat perubahan politik negara kepada Islam," katanya lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Oktober lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, Majlis Syura Ulama sudah memutuskan yang parti Islam itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana ia boleh menjejaskan kekuatan parti.

Tambahnya, kesedaran orang Islam mengenai politik masih lagi tidak kukuh dan matang kerana kebanyakan mereka termasuklah anak muda tidak kisah dan peduli tentang politik.

"Mereka tidak sedar kenaikan harga barang, susahnya kos hidup, masalah jenayah dan masalah salah laku kerana salah politik, salah mengurus negara tidak berdasarkan kepada dosa dan pahala diajarkan Islam," katanya.

Hadi juga mengatakan yang PAS tidak bimbang kehilangan pemimpin kepada parti serpihannya, Amanah kerana jumlah penambahan ahli baharu tahun ini amat memberangsangkan.

"Parti ini tidak mati tetapi cahayanya tidak padam. Malah ahli juga semakin bertambah.

"Tahun ini sahaja, kita menerima ahli baru yang sangat mengejutkan. Jumlahnya seramai 41,000 orang.

"Jadi, jangan bimbang mereka yang 'serpih' itu keluar parti kerana mereka yang masuk parti lebih ramai," katanya.
-themalaysianinsight

Tiada ulasan: