"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini punca lelaki maut ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor

Punca pembunuhan lelaki di stesen minyak didedah


Putrajaya – Polis mengesahkan kejadian seorang lelaki maut ditikam dan digilis sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor berpunca daripada perebutan melibatkan dua kumpulan kongsi gelap.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pihak polis telah mengesan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes langar dan bunuh tersebut yang turut menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya ingin mengesahkan bahawa kejadian langgar serta bunuh yang dilakukan itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap, mangsa juga merupakan ketua kumpulan salah satu kongsi gelap.

“Setakat ini polis sedang giat menjejaki keempat-empat suspek tersebut dan siasatan mendapati kenderaan BMW berwarna putih yang digunakan dalam kes jenayah ini merupakan kereta curi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan, dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, Ahad lalu mangsa yang berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar dan diserang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih menghampiri kereta mangsa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, pihak polis sentiasa dalam keadaan bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini dan balas dendam melibatkan dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat.
-Kosmo

Tiada ulasan: