"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wakil rakyat PAS amat terkejut

PAS Selangor menegaskan tidak ada mana-mana wakil rakyat parti itu atau pemimpin mereka akan beralih arah menyertai PKR.

Malah kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata wakil rakyat parti itu sendiri "amat terkejut" dengan dakwaan demikian.

Katanya beliau sendiri bercakap dengan wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk bertanyakan hal demikian.

Daripada penjelasan yang diterima Iskandar yakin berita yang mendakwa pemimpin serta wakil rakyat PAS akan melompat kapal adalah tidak benar.

"Pada saya ia adalah khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka kurang dari tiga bulan dari sekarang.

"Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli agar mereka hilang tumpuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tak sahih jangan sebar

Iskandar yang juga exco Selangor mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa jentera pilihan raya PKR diminta bersedia menguruskan gelombang kedua kemasukan pemimpin dan anggota PAS di negeri itu.

Kemasukan berkenaan, lapor The Malaysian Insight, berlaku menjelang PRU ke-14 dan mereka dijangka akan bertanding menggunakan tiket PKR.

Memetik sumber yang tidak dinamakan portal berkenaan mendakwa wakil rakyat terbabit tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS yang mahu bersendirian ketika mereka berasakan langkah terbaik untuk mengekalkan penguasaan Selangor ialah dengan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Difahamkan perkembangan itu akan mengganggu proses pengagihan 56 kerusi DUN Selangor dan secara tidak langsunng memberi kesan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)

PAS bersama PKR dan DAP membentuk kerajaan negeri pada PRU ke-12 dan menubuhkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun PAS kemudian berseteru dengan DAP dan memutuskan kerjasama politik dengan PRK.

Bagaimanapun di sebalik berakhirnya hubungan berkenaan, PAS tetap mengekalkan barisan exco mereka dalam kerajaan Selangor bersama-sama DAP dan PKR.

Daripada 56 kerusi DUN, 14 diwakili DAP, manakala PAS dan PKR masing-masing memenangi 13 lagi.

AMANAH pula mempunyai dua wakil dan pembangkang (BN) sebanyak 12. Baki dua kerusi lagi diwakili ADUN bebas.

Tiga daripada wakil PAS itu dilantik menjadi exco kerajaan negeri.

Kata Iskandar anggota PAS dinasihat supaya meneruskan tugas masing-masing dan tidak mempercayai sebarang khabar angin.

Beliau yang juga naib presiden PAS berkata anggota parti tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui kesahihannya.

"Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja.

"Anggota PAS tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya parti lumpuh dan wujud perasaan saling mencurigai antara ahli dan pemimpin," katanya.

-malaysiakini 

Tiada ulasan: