"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu

ZIKRI ABDULLAH
Dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan suasana rakyat di Pulau Pinang dalam akhbar Berita Harian semalam dianggap palsu.

Pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin berkata, ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM700, kenyataan Presiden Pas bahawa rakyat negeri itu sedang keperitan adalah amat jelas merupakan sesuatu pembohongan.
Ustaz Wan Ji Wan Hussin
“Dari sudut perkembangan Islam pula, Pulau Pinang adalah antara negeri yang tidak pernah menghalang ceramah agama di masjid dan surau daripada mana-mana penceramah agama

“Hatta Presiden PAS sendiri, cuma pihak kerajaan menetapkan agar sebarang ceramah tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam seperti perkauman. Kerajaan Negeri selalu tawarkan pendekatan rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui aplikasi Facebook.

Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak menyenaraikan nama-nama penceramah agama tertentu supaya dihalang berdakwah di Pulau Pinang.

“Nama-nama besar seperti Dr Maza, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru daripada Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang.

“Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak ceramah ustaz-ustaz Pas, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Andainya Presiden PAS tidak terpengaruh dengan berita propaganda khianat Umno-BN kata beliau, sudah pasti Presiden Pas akan akui bahawa perkembangan Islam di Pulau Pinang jauh lebih baik daripada banyak negeri lain di Malaysia.

“Umpamanya baru-baru ini, kerajaan memberi anugerah kepada lebih 10 orang tokoh pendakwah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah sebagai teladan dakwah di semua negeri-negeri di Malaysia.

“Ajaibnya, Presiden Pas tidak pula menyerang MCA yang apabila kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti Cina,” katanya.

Beliau menasihatkan Presiden Pas dalam membuat kenyataan, seharusnya bukan sekadar perlu memikirkan untuk tidak membuat tuduhan jahat dan dusta, malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab di hadapan Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti.

Tiada ulasan: