"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aku, dia, mereka gadis '2nd hand'

LIZA HASAN

Aku, dia, mereka gadis '2nd hand'Fatimah cekal menjalani hidup seperti wanita lain di kem pelarian ini.
COX'S BAZAR - BANGLADESH. Ini kisah aku. Bukan kisah kau. Tetapi kisah kami. Sakit. Tetapi, sakit ini bukan aku sahaja pernah rasa. Ribuan lagi senasib dengan ku. Tapi apa yang boleh aku dan kami buat?

Aku? aku hanya ada pilihan. Mula mereput di rumah usang ini atau menjadi kupu-kupu malam. Mewah, sedap namun hanya sementara. Demi ibu aku tak sanggup.

Tertanya aku sendirian, masih ada lagi ke Si Uda yang mahu ambil aku, Si Dara ‘2nd hand’?

Sesekali aku lap air mata yang entah bagaimana ia tumpah ke pipi.

Tak mengapa aku anak Shunami dan arwah Husin Mahmud bersumpah akan terus jaga mak dan Abdul Halim adik bongsuku berusia 7 tahun.

27 Ogos 2017, 12 tengah malam
Rathedaung, Wilayah Rakhine, Myanmar

Pintu rumah beratap lalang kering dan buluh nyaris rebah selepas ditendang Arakan Army. Aku terbangun dari lena. Rumah kami tiada bilik. Aku, ibu dan si Abdul Halim tidur bergelimpangan.

Ibu dan Abdul Halim juga terjaga. Aku peluk erat lengan ibu takut telerai ikatan. Si Halim hanya memandang kosong ke arah empat Arakan Army yang berbau tengit. Entah berapa hari tak mandi agaknya.

Si kurus tinggi dan si hitam badang sedang-sedang berumur 20-an, yang misai dan muka tak boleh blah macam umur 30-an.

Lebih 300 lagi perkampungan baharu dibuka dan mereka membawa sejuta kisah hidup.
“Ini lauk kita malam ni,” kata mat misai.

“Jangan! Jangan!” rayu ibu.

Aku menggigil. Takut kalau-kalau apa diceritakan anak hilang dara di kampung Rathedaung ini berlaku pada diriku.

Tiba-tiba tangan ku disentap. Kurtisku direntap koyak bahagian dadanya. Pipiku dicengkam dengan tangan kasar, rambutku ditarik. Ibu meraung minta aku dilepaskan.

Dalam kesamaran, aku nampak si kurus cekak leher ibu, si Abdul Halim menangis dalam sendu. Kepalanya menjadi alas kaki salah seorang daripada empat jahanam itu.

Fatimah antara ribuan mangsa rogol askar Arakan
Di depan mereka, aku diratah rakus. Belum sempat aku menjerit mulutku disumbat kain selimut. Aku dipukul, diramas atas dan bawah. Dan akhirnya aku tewas. Aku dirogol empat Arkan Army selama sejam.

Aku Fatimah Begum, umur 15 tahun jadi mangsa rogol empat Arakan Army dalam masa sejam bergilir-gilir. Itu faktar.

Ikut kata ibu, malam tu aku pengsan, tubuhku lebam, bibirku berdarah. Nak kencing dan berak amatlah sakit. Aku menangis dua hari. Aku trauma.

30 Ogos 2017, 2 pagi
Rathedaung, Wilayah Rakhine, Myanmar

Aku, ibu dan adik nekad meninggalkan kampung sama seperti jiran-jiran lain. Dengar cerita ada orang kampung sebelah dibakar. Ada yang dikelar lehernya. Dah ramai mati. Kami kena tinggalkan Rathedung dengan segera.

Tapi siapa yang bunuh? Junta tentera kerajaan atau Arakan Army atau sami Buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu.

Pada tarikh itu, perjalanan kami ke Bangladesh bersama ribuan orang kampung bermula. Kami meredah hutan selama 10 hari. Kami kongsi biskut kering.

Hingga kini Fatimah trauma selepas dirogol empat lelaki di kampungnya.
Selama perjalanan itu, aku ‘puasa’ selang sehari. Aku kelaparan, terlalu lapar. Sakit yang lama belum sembuh kini diuji lagi. Sampai di Sungai Naf kami menaiki rakit. Rakit buatan berpelampungkan tong kosong. Bersesak dan hampir karam. Ditengah laut si Junta tentera merampas pendayung. Rakit kami hanyut mengikut arus.

Bila hujan kami berpelukan. Siangnya, kami lena sebagai ubat kelaparan.

Anak kecil menangis, si tua berdoa minta nyawanya diambil. Wanita sembilan bulan sudah reda jika melahirkan anak ketika itu. Ibu pula terus berdoa agar kami dipermudahkan.

Sesekali aku, mengejutkan ibu kerana takut dia terus lena tanpa jaga sampi bila-bila.

31 Ogos 2017
Shah Parir Dip, Teknaf, Bangladesh

Perjalanan mengambil masa dua hari sebelum tiba di Shah Parir Dip. Bau muntah, kahak, najis sudah serasi.

Akhirnya kami sampai ke Shah Parir Dip! Aku memijak bumi Bangladesh dengan selamat. Ini satu kemenangan dan kebebasan buatku, ibu dan Halim.

Halim berebut makanan dari orang luar. Mungkin dari Malaysia. Ibu pula sudah terlantar sakit dek kerana kelaparan. Aku mendukung ibu. Ketika aku sedang berjalan, aku disapa jantan dari Malaysia. Dia menyuapkan roti dan air ke bibirku dan mulut ibu.

Matanya ku direnung lemah. Matanya bergenangan melihat kepenatan dan kelaparan kami yang tidak makan hampir 5 hari.

1hb September 2017
Kem Transit Pelarian, Teknaf, Bangladesh

Kami segerombolan berbondong-bondong naik lori ke kawasan transit untuk dapat status pelarian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Aku, ibu, Halim kemudiannya dikalungkan rantai. Bukan rantai emas tetapi rantai keramat iaitu kad pengenalan bagi memudahkan kami bergerak.

Ketika itu juga, air mata kami bertiga gugur! Kami berpelukan. Indah! bebas! Ku lupakan episod hitam. Aku berazam untuk bangkit dan ubah hidup kami sekeluarga.

3hb September, 2017
Kem Pelarian Balukhali, Cox’s Bazar, Ukhiya, Bangladesh

Jam 6 pagi, kami sekali lagi menaiki lori dan aku pasang angan-angan. Diam tak diam, kami sudah dua jam dalam perjalanan ke Kem Pelarian Balukhali.

Di kem ini ada ratusan bukit. Bukit yang mana akan jadi rumahku? Kami sekali lagi berkumpul di Bukit Balukhali 2. Kami beratur untuk mendapatkan kupon makanan dari tentera Bangladesh untuk ditebus keesokkannya.

Sekarang ini, apa yang lebih penting ialah rumah kami. Langkahku bagaikan ditentukan Allah SWT apabila Asean Village milik NGO dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menghalalkan kedatangan kami.

Kini, kami bertiga dah ada rumah. Syukur…Dara yang hilang takkan kembali. Aku masih trauma, hanya sesekali sahaja aku buka jendela. Menjelang malam aku takut.

Catatanku,

Fatimah Begum, Pelarian

Balukhali, Cox’s Bazar, Bangladesh.

Info: Pihak yang sedang membunuh, mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya termasuk Rathedung, ialah Junta tentera kerajaan, Arakan Army iaitu sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami Buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu.

Tiada ulasan: