"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umat Islam di Sri Lanka berang kerajaan wajib pembakaran jenazah pesakit Covid-19

AFP
COLOMBO:
Sri Lanka mewajibkan pembakaran jenazah pesakit Covid-19 pada Ahad tanpa menghiraukan bantahan minoriti Islam di negara itu kerana ia bertentangan ajaran Islam.

Setakat ini, 3 daripada 7 kematian di negara itu membabitkan umat Islam. Pihak berkuasa bertindak membakar jenazah pesakit walaupun dibantah saudara mara.

“Jenazah individu yang meninggal dunia atau disyaki mati akibat Covid-19 perlu dibakar,” kata Menteri Kesihatan, Pavithra Wanniarachchi pada Ahad.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dilaporkan berkata, mayat pesakit “boleh dikebumikan atau dibakar”.

Perintah berkurung dilaksanakan di seluruh Sri Lanka apabila lebih 200 orang disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Langkah mewajibkan pembakaran mayat itu dikritik kumpulan hak asasi.

“Pada masa sukar ini, pihak berkuasa sepatutnya menyatukan masyarakat dan tidak memburukkan lagi perpecahan antara kami,” kata Pengarah Amnesty International rantau Asia Selatan, Biraj Patnaik pada awal bulan ini.

Parti politik utama di Sri Lanka yang mewakili umat Islam, merangkumi 10% daripada 21 juta populasinya, mendakwa kerajaan tidak mengendahkan ritual agama dan hasrat keluarga.

Ketegangan antara umat Islam dan majoriti populasi Sinhala memuncak ketika sambutan Easter tahun lalu selepas kumpulan jihadis tempatan didakwa melakukan pengeboman berani mati di 3 hotel dan 3 gereja yang meragut 279 nyawa.

Beberapa minggu kemudian, kumpulan Sinhala menyerang umat Islam yang menyebabkan seorang maut dan berpuluh lagi cedera.

Ratusan rumah dan kenderaan musnah, manakala pihak berkuasa didakwa gagal menghalang keganasan — dakwaan yang dinafikan Colombo.

Gereja Roman Katolik di Sri Lanka pada Ahad berkata, ia memaafkan pengebom berani mati itu dan “kami menawarkan kasih sayang kepada musuh yang cuba memusnahkan kami”.

Tiada ulasan: