BORHAN AHMAD
Apakah ‘deal’ yang berjaya dibuat oleh Umno dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga membolehkan kerajaan berjaya meluluskan Rang Undan-undang (RUU) pembekalan tambahan 17 Ogos lepas kini menjadi tanda tanya yang besar.
Ini kerana, tanpa pujukan sehingga berjaya membawa kembali kesemua Ahli Parlimen Umno ke Dewan Rakyat, undi belah bahagi yang dibuat ke atas usul itu sudah pasti gagal.
Ia berjaya dilakukan dalam masa 10 minit ketika berlaku sejarah di Dewan Rakyat, ketika undi hendak dibuat, Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Azhar Harun telah menangguhkan sidang itu.
Selepas 10 minit ditangguh, Dewan disambung kembali dengan undian dan kerajaan telah berjaya meluluskan usul itu dengan 111 undi menyokong dan 106 undi menentang.
Apakah alasan yang paling lojik ke atas apa yang berlaku ini.
Saya ingin katakan, ia adalah janji “Parlimen akan dibubarkan dalam kadar segera tetapi terangcang dengan baik” sebagaimana yang dituntut oleh Umno sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, besar kemungkinan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja Bajet 2021 dibentang Oktober ini dan pilihanraya akan diadakan di bulan November atau Disember nanti.
Dengan cara inilah sahaja Muhyiddin dapat meraih maruahnya bukan dengan cara kerajaannya dijatuhkan oleh kerana kegagalan usul kerajaan diluluskan.
Di Dewan Rakyat Isnin 17 November lepas, ketika Dewan Rakyat bersiap sedia mahu membuat undian belah bahagi terhadap usul RUU Perbekalan Tambahan bagi meluluskan wang untuk menampung pembesaran Kabinet kerajaan PN, secara tiba-tiba Speaker telah menangguhkan sidang.
Ia telah dibantah oleh para ahli Parlimen khasnya dari pembangkang yang menyaksikan kata-kata kesat dikeluarkan.
Menjelang penangguhan itu, menurut catatan yang dibuat oleh Petugas Parlimen Anda, beberapa MP Umno telah bertindak keluar dewan.
“Antaranya MP Pontian, Mat Maslan. Ketika melangkah keluar dewan Mat Maslan siap berkata “Saya mahu pilihanraya”, membayangkan beliau tidak mahu mengundi sokong RUU Perbekalan semalam dan memberi signal jumlah MP blok kerajaan tidak cukup. Turut ikut keluar beberapa MP dari sebelah blok Zahid,” tulis petugas Parlimen tanpa disebutkan nama itu.
“Maka ketika itu kelihatan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin membuat beberapa panggilan telefon untuk memanggil semula MP yang telah bertindak keluar dewan. Takiyuddin juga dilihat tidak tenteram meronda di blok tempat duduk ahli kerajaan,” tulis beliau lagi.
Jadi, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat kecuali satu ‘deal’ baru berjaya dibuat untuk membentuk kerajaan baru tanpa perlu Parlimen dibubarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan