"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon terkenal ditangkap akibat melacur

JAKARTA: Pihak berkuasa menangkap seorang pelakon wanita terkenal Indonesia selepas didapati terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam talian. 

Lapor Kompas.com, Ketua Sub Direktorat Siber Unit Siasatan Jenayah Polda Metro Jaya, Made Redi berkata, pihaknya menangkap pelakon dengan nama singkatan CA itu di salah sebuah hotel mewah di wilayah Jakarta Pusat. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa melalui pasukan penyiasat enggan menjelaskan secara terperinci identiti artis berkenaan. 

“Kami Sub Direktorat Siber Polda Metro berjaya menahan pelakon bernama CA. 

“Maklumat berhubung tangkapan ini akan dikemukakan selepas siasatan awal CA oleh penyiasat selesai. 

“Tangkapan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai. Untuk maklumat lanjut, kami akan segera menyampaikannya menerusi sidang media,” katanya. 

Semakan Utusan Malaysia menerusi beberapa portal negara itu mendapati, individu itu didakwa dikaitkan dengan pelakon bernama Cynthiara Alona yang pernah popular menerusi filem Ku Tunggu Jandamu pada 2008. 

Beberapa bulan lalu, Cynthiara diiringi pegawai polis mengenai eksploitasi kanak-kanak dan pelacuran dalam talian.

-utusan online 

Tiada ulasan: