"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kita tolak Mahiaddin kerana dia hancurkan sistem demokrasi berparlimen’

SITI NUR ZAWANI MISCON

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyatakan kebimbangan terhadap sistem demokrasi berparlimen yang tidak lagi dihormati oleh pemimpin dalam negara.

Beliau menegaskan, usaha Pakatan Harapan (PH) menolak Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin bukan disebabkan hal peribadi, tetapi tindakannya yang merosakkan demokrasi berparlimen, kehormatan perlembaagn dan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.

“Ini bukan soal perangai peribadinya. Tetapi Mahiaddin telah merosakkan institusi yang ada. Institusi Agong dan Parlimen. Ini yang perlu dihukum. Saya kalau jumpa Mahiaddin sebagai kawan lama, saya tidak ada masalah. Tapi dia telah menjahanamkan sistem politik Malaysia.

“Wajib dia dihukum. Berhentilah sebagai perdana menteri kerana dia dah lakukan kesilapan besar,” katanya dalam satu temubual ekslusif berkaitan isu semasa bersama Presiden AMANAH, hari ini.

Beliau berkata, permulaan Langkah Sheraton telah menunjukkan pemimpin kerajaan tidak lagi menghormati sistem pilihanraya, sehingga melingkupkan sistem Parlimen.

Ini katanya merupakan ketakutan terbesar di mana akan menyebabkan anak muda tidak lagi mempercayai kepada sistem demokrasi yang selama ini menjadi panduan dalam pemerintahan negara.

“Paling saya takut, sistem demokrasi hancur dan anak muda tak percaya lagi. Ini amat berbahaya. Bila mereka tak percaya, mereka cari jalan-jalan lain yang mungkin boleh mengancam keselamatan.

“Bila demokrasi berparlimen hancur, ia merbahaya. Unsur-unsur luar mudah ditiupkan agar isu perkauman dan agama terus dimainkan,” ujarnya.

Mohamad berkata, Umno dan Pas antara parti yang paling banyak memainkan sentimen perkauman dan agama sebelum ini sehingga menakutkan orang ramai bahawa Islam sedang terancam.

Dengan sentimen yang dimainkan itu, mereka mula menggerakkan Langkah Sheraton sehingga merampas tampuk pemerintahan dengan tidak melalui sistem pilihanraya.

“Kita juga lihat menteri-menteri kerap ke timur tengah iaitu negara yang tak ada demokrasi. Tapi mereka amat jarang pergi ke negara-negara yang demokrasi dan integritinya kuat seperti Australia, New Zealand dan negara-negara Eropah yang lain,” katanya.

Mengulas tentang kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang didakwa tidak lagi mempunyai sokongan majoriti, Mohamad menyarankan agar Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatannya jika beliau masih mempunyai maruah.

Tiada ulasan: