"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru sekumpulan lelaki terlibat pergaduhan bersenjata

Bernama

Video tular berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan senjata dalam satu kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Flat Sri Timah, Balakong.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan semua individu terlibat dalam video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan senjata dalam satu kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Flat Sri Timah, Balakong.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata seorang pegawai polis telah melihat video tular berdurasi satu minit 32 saat tersebut di media sosial dan membuat laporan berhubung perkara itu pada 9 pagi semalam.

“Dalam video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki menggunakan senjata dipercayai besi atau senjata tajam sedang bergaduh. Motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek sedang dikesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan 269 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaid turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes Norhafiza Borhan di talian 03-8911 4222.

Tiada ulasan: