"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki alami masalah mental ganggu jemaah masjid ditahan

FMT Reporters

Polis dimaklumkan suspek kes ganggu jemaah masjid di TTDI alami masalah mental sejak April 2022.
Polis menahan seorang lelaki dikatakan alami masalah mental susulan laporan mengenai video memaparkan jemaah masjid diganggu.
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental, dalam kes mengganggu jemaah masjid di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya dimaklumkan suspek berusia 25 tahun itu mengalami masalah mental sejak April 2022.

“Rawatan terakhir pada 16 Jan 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan tiada rawatan susulan diterima sejak tarikh tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Polis berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video di Facebook, memaparkan seorang lelaki mengganggu jemaah masjid dalam kejadian pada pagi 1 Jan lalu.

Pengadu melaporkan  lelaki terbabit juga telah merosakkan sebuah televisyen dan sebuah kerusi.

Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat sehingga menyebabkan kerugian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 03-21159999, Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: