Malaysiakini
Seorang wanita warga Indonesia berusia 29 tahun diserang sekumpulan wanita di di Tawau, Sabah susulan dakwaan menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Dia yang juga penjual barangan kosmetik di atas talian dilapor dipukul lima wanita di sebuah pangsapuri, pada petang Selasa lalu, lapor BH.
Penyerang didakwa mengacu gunting ke arah muka mangsa, menghempuk TV berkali-kali kepadanya, menggunting rambut dan cuba menyumbat cili ke dalam kemaluannya.
"Semasa kejadian, salah seorang suspek turut membawa sebungkus cili dan mahu memasukkan bahan itu ke dalam kemaluan mangsa yang turut disaksikan seorang rakan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin.
Jasmin, pengadu dalam laporannya mendakwa lima wanita itu datang ke rumah dan menyerangnya.
"Kejadian menyebabkan mangsa mengalami pendarahan pada mata sebelah kanan, lebam pada bahagian muka, lengan kiri dan kanan, serta di bahagian paha selain mengalami sakit dada dan sesak nafas," katanya ketika dihubungi.
Lima suspek terdiri dua wanita tempatan dan tiga warga Indonesia berusia antara 20 hingga 38 tahun ditahan pada hari yang sama dan direman tiga hari bermula hari ini.
Rakaman pergaduhan itu dikatakan tular di media sosial.
Siasatan dibuat bawah Seksyen 147 (merusuh) dan 427 (khianat) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan