"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada puak mahu perubahan dalam Bersatu, Muhyiddin tak solid

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Kekecohan pada Perhimpunan Agung Tahunan dengan desakan supaya Muhyiddin Yassin letak jawatan menunjukkan presiden Bersatu tidak mendapat sokongan penuh dan parti sedang menghadapi perpecahan, kata penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, ia sekali gus meninggalkan impak serta imej tidak baik dan Bersatu harus segera mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah itu supaya tidak memberi kesan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU akan datang.
Mazlan Ali.
“Kekecohan itu menunjukkan terdapat beberapa kumpulan yang mahu berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan Bersatu.

“Ini membayangkan Muhyiddin ‘tak solid’ sebagai pemimpin (kerana) ada sebahagian perwakilan mahu supaya berlaku peralihan untuk pemimpin lain diketengahkan,” katanya kepada FMT.

Suasana di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, semalam, pada awalnya tenang bertukar kecoh ketika Muhyiddin mengingatkan ahli mengikut perlembagaan parti, namun disambut perwakilan yang bangkit melaungkan rasa tidak puas hati, selain mendesaknya ‘letak jawatan’.

Keadaan menjadi tegang apabila perwakilan terbabit cuba menimbulkan kekecohan, namun ditenangkan beberapa perwakilan lain. Dalam keadaan kecoh itu juga terdapat beberapa perwakilan melaungkan slogan ‘hidup Tan Sri’ tanda sokongan kepadanya.

Ketika ditanya pada sidang media sama ada wujud kem dalam parti itu susulan desakan lantang daripada perwakilan supaya beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata: “Tak ada kem A, kem B atau kem C.”

Dalam pada itu, Mazlan berkata PN akan terkesan dengan insiden tersebut kerana beliau menjangkakan PAS melihat ia boleh menjejaskan gabungan untuk menang pada pilihan raya akan datang.
Syaza Shukri
Syaza Shukri.
“Kesimpulannya apa berlaku dalam perhimpunan ini sesuatu beri kesan sebenarnya kepada Bersatu dan PN,” katanya.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata kekecohan tersebut akan digunakan parti lawan untuk menimbulkan naratif wujud ketidakstabilan dalam Bersatu.

Katanya, Bersatu perlu mengambil langkah segera meyakinkan ahli dan penyokong yang tiada perpecahan dalam parti seterusnya meletakkan kepercayaan kepada Muhyiddin.

Tiada ulasan: