Mohsin Abdullah
Rafizi Ramli tahu ini: Peluang Bersama ialah berdepan PKR atau DAP di bandar, kerana ia tidak mampu ukir kejayaan di utara tanah air serta Pantai Timur.
Tengok logo pun dah ‘menang’. Saya bercakap mengenai parti baharu Rafizi Ramli yang diperkenalkan Ahad lalu. Apabila parti politik membawa lambang kancil ia sekali gus memberi imej positif kerana menurut Malay folklore sang kancil amat cerdik dan kecerdikan itu membolehkan ia mengalahkan haiwan lebih besar dan kuat walaupun saiz kecil.
Nama parti pun menarik iaitu Parti Bersama Malaysia, atau singkatnya Bersama, sekali gus memberi imej ia bersama rakyat. Tentunya ini hasil perancangan rapi. Rafizi dikenali seorang yang bijak merancang dan mengatur strategi, dan beliau serta orang kanannya, Nik Nazmi Nik Ahmad, mahu dilihat sebagai sang kancil berdepan entiti yang kuat dan besar.
Rafizi kata dia dan Nik Nazmi adalah ‘underdog‘ dan mungkin hilang deposit pada pilihan raya. Ini suatu calculated statement, dan Rafizi memang gemar lancar preemptive strike. Ingat kembali kata-katanya sebelum pemilihan PKR dulu. Tak perlulah saya ulangi apa beliau kata masa itu.
Dalam konteks PRU16, jika Bersama tidak berjaya the underdog tag boleh menjustifikasikan beliau untuk berkata keputusan sudah dijangka — lantas tiada apa yang hendak disesali atau merasa malu.
Bagaimanapun by playing the underdog card, Rafizi dan partinya mahu menambat hati pengundi. Setidak-tidaknya mereka yang sympathetic towards his cause. Cause apa? Menang pilihan raya. Oleh itu musuh politik Bersama eloklah waspada — memandang enteng akan bawa padah.
Pada majlis memperkenalkan partinya, Rafizi mengumumkan apa yang boleh dilihat sebagai manifesto pilihan raya. Bak kata wartawan senior, P Gunasegaram, “what appears to be a sort of an agenda which looks suspiciously like a manifesto as well“. Contoh: Dipaparkan di website Bersama ada menyatakan setiap rakyat yang layak sememangnya berhak diberi bantuan bulanan tanpa buat permohonan. Sudah tentu orang ramai dan parti lawan akan memantau prestasi inisiatif yang diperkenalkan Rafizi — sama ada berjaya atau sekadar indah khabar. Antaranya projek Fleximart di Pandan, constituency beliau.
Rata-rata Bersama mengambil a very strong multiracial stance. Secara peribadi saya sokong pendirian kepelbagaian. Everybody have a place under the Malaysian sun. Malah lagu ‘A Place in the Sun’ dimainkan pada majis Bersama tiga hari lalu.
Namun ia mengingatkan saya akan pendirian PKR. PKR tidak atau masih belum mengambil langkah multiracial sepenuhnya kerana mengambil kira realiti negara. Lantas PKR dilihat atau dituduh just another Malay party.
Saya juga percaya Bersama tidak mampu mengukir kejayaan di utara tanah air serta Pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS dan majoriti penduduknya orang Melayu. Sebagai seorang strategist, Rafizi pasti ada data mengenai negeri yang dialun Gelombang Hijau maka pasti beliau tahu peluang terbaik Bersama ialah di kawasan bandar, ertinya berdepan PKR atau DAP.
Memang pun sasaran Rafizi kerusi multiracial. Bersama ada peluang baik kerana Pakatan Harapan sekian lama terperangkap antara a hard place and a rock kerana mahu mengimbangi tuntutan orang Melayu dan bukan Melayu. Sekarang ada penyokong kuat PH yakni masyarakat bukan Melayu sudah mula berpaling muka.
Saya ada baca tentang orang sokong Rafizi sebelum PH menjadi kerajaan, kemudian apabila Rafizi jadi menteri orang itu tidak lagi sokong kerana tidak perform. Katanya Rafizi banyak teori dan ramai gelar Rafizi ‘Raja Formula’. Sekarang orang itu menyokong semula Rafizi dan katanya telah mendaftar jadi ahli Bersama.
Pada majlis tempoh hari, Rafizi bercakap mengenai objektif masa panjang Bersama iaitu mendirikan satu gerakan politik “centered on ideas and generational renewal“. Sama dengan hasrat PKR dan DAP waktu ditubuhkan dulu. Adakah objektif Bersama akan jadi realiti? Saya tidak ada geluk jampi Pak Belalang untuk tilik the future so only time will tell.
Bagaimana pula buat masa ini? Kata Rafizi, Bersama akan kaji tindak balas orang ramai sebulan dua ini sebelum melengkapkan strategi pilihan raya akan datang.
Kata beliau, Bersama akan groom calon muda dan mereka yang berusia 30-an dijangka diberi peluang bertanding PRU16. “We are not going for any coalition. We are not bound by negotiating over seats or dealing with specific parties. We are multiracial and we can contest anywhere“.
Bersama can contest anywhere but can you win anywhere? Rafizi akan bertanding di Pandan manakala Nik Nazmi di Setiawangsa. Jangkaan saya kedua-dua akan menang tetapi peluang Rafizi lebih cerah berbanding Nik Nazmi.
Rafizi kata “we are not going for any coalition“. Ini sebelum pilihan raya. Bagaimana selepas pilihan raya? Andai ada hung Parliament adakah Bersama akan nego? Nak jadi king maker kena menang cukup seats dulu, dan walaupun Bersama boleh bertanding di mana sahaja dan mungkin pick up some seats, realitinya ia tidak akan menang PRU keseluruhan on its own, apa lagi tubuh kerajaan bersendirian.
Rafizi tahu ini. Beliau realistic orangnya — tak begitu?
Kesimpulannya, Bersama mahu jadi kuasa ketiga dalam percaturan politik negeri, macam Muda dahulu. Ramai yang menaruh harapan ke atas Muda. Saya sendiri had high expectations tetapi sejak Syed Saddiq tidak seaktif dahulu, Muda tenggelam. Oleh itu cabaran paling besar Bersama ialah untuk berkembang dan tidak bergantung harap hanya pada Rafizi atau Nik Nazmi — not to be in the shadow of its Top 2.
Bercakap pasal Nik Nazmi, saya kata beliau ialah seorang timbalan yang ‘bagus’ kerana beliau tidak akan overshadow Rafizi. Macam Shahril Hamdan semasa co-host podcast Keluar Sekejap dengan Khairy Jamaluddin. Shahril played the side kick role perfectly meskipun banyak kali juga beliau lebih menyinar berbanding hos utama.
Menutup penulisan ini saya imbau waktu Azmin Ali dikeluarkan daripada PKR dulu. Terkial-kial ke hulu ke hilir sebelum masuk Bersatu. Sekarang Hamzah Zainudin yang dikeluarkan daripada Bersatu masih terkial-kial dengan projek reset.
Kata orang kuat Ilham Centre Yusri Ibrahim: “Geng reset buangan Bersatu masih lagi berpusing-pusing terpusing-pusing di roundabout, nak balik tiada rumah nak pergi tiada destinasi.”
Tengok Rafizi. Ambil alih parti, keluar PKR, dan kosongkan kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan